Monday, October 24, 2011

T I R E D



Dear me,

It's okay to people hate you.
It's okay.
It's okay to people ignore you.
It's okay.
It's okay to people detest you.
It's okay.


I know. It's gonna be okay.


p/s: Life, please be fair to me.



Sincerely,
Me


Thursday, October 20, 2011

Perfect Couple

Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke-26.
Terima kasih untuk cinta, kasih dan sayang tak bertepi.


Semoga bahagia, kasih, sayang dan cinta sentiasa bersama kita.
Selamanya.
20101985

Wednesday, October 19, 2011

Bersalaman

Malam ni aku agak gembira sedikit. Okay, abaikan. Aku cuma nak kongsi satu perkara. Mengenai bersalaman. Bersalaman antara lelaki dan perempuan. Banyak 'fakta', 'fatwa', 'pandangan' dan 'auta' yang aku terima. So, aku terima je semuanya tanpa hadam.

Konsep aku, senang je. Kalau orang perempuan, pakai tudung, mesti lelaki tak akan hulur tangan untuk bersalam kan? Aku rasalah.

Tapi setakat ni aku tak pernah lagi reject lelaki yang hulur tangan nak bersalaman. Lelaki itu biasanya golongan lagi tua yang anggap aku macam anak dia. Dan biasanya dengan pakcik-pakcik (dan makcik-makcik juga) aku pasti hulur tangan dulu, siap cium tangan lagi.

Tapi kadang-kadang aku selalu je hulur tangan nak bersalaman kat lelaki muda (sebaya - bukan pangkat pakcik/abang) dengan niat nak tengok reaksi. Setakat ini, semuanya memang tak serius dan tak sambut huluran tangan nak bersalam aku tu. Tak tahulah kenapa. Tapi aku tak kisah pun sebab aku memang tak nak salam dengan bukan muhrim.

Dan, sampai sekarang aku tak jumpa lagi orang yang cakap macam ni, "Maaf, kita bukan muhrim."

Sebab, kalau aku jumpa orang cakap macam tu kat aku, mesti aku suruh parents aku pinangkan dia untuk aku... Boleh tak? Tu pun kalau dia sudi lah...




Aku add 'someone' kat FB. Sebab aku macam 'suka' tengok dia. Dia approve. So, aku happy lah malam ni.

Terbang



Gambar asal : sini




belajar 'main' gambar .gif 


masih.

SUPER SAYA

bersama Ultraman kesayangan


Si putih di belakang itu kesayangan saya. Sejak tahun lepas.


abaikan senyuman model perempuan tu. Sibuk je nak tersengih.

Monday, October 17, 2011

Wilayahku!

-Terbang dengan bebas di wilayah aku sendiri-





Sunday, October 16, 2011

Malu



Gadis hulur tangan,
mulut menyapa, "Hi".
Jejaka hanya tersenyum,
membalas "Hi" juga.
Gadis malu-malu,
pipi dah tukar warna.
Huluran tak bersambut
ah bukan,
cuma angin yang sambut.
Jejaka masih senyum
"Maaf, kita bukan muhrim."
Gadis itu tunduk
tersangat malu.



*calon pilihan*

Saturday, October 15, 2011

Hujan Petang di Putrajaya

terperangkap dalam ruang ini


Bersama guruh dan kilat
kamu membasahi petangku yang kontang. 
Aku terperangkap dalam ruang ini
yang sempit dan dingin
sunyi dan kelu
sendirian tanpa mampu bersamamu
membasahi bumi kontang Putrajaya
petang ini...

.kebasahan

Friday, October 14, 2011

Sensitive sangat...

Assalamualaikum…

Aku sensitive sebenarnya. Sangat. Tapi biasanya orang akan nampak aku biasa-biasa je dan mungkin orang sebenarnya tak nampak pun aku macam mana — in this case, TAK AMBIL PEDULI pasal aku. Sebenarnya pun, aku peduli apa dengan orang yang tak pedulikan aku. Banyak lagi hal lain yang boleh aku fikir dan yang boleh aku ambil peduli. TETAPI apabila ini melibatkan ‘keberadaan’ aku dalam sesuatu (let’s named it — group) mungkin sedikit sebanyak aku ter-ambil peduli.

As I mentioned earlier, I am a sensitive type of person. There was something that might bother me when I keep thinking about it. Even though ‘someone’ was mentioned this to me before – “Kau fikir sangat tu…” But, yeah it might be true... May be I keep wondering about it, may be I keep thinking over it so I become more sensitive as I am now. Was it too much if I said that people ignore me and my existence when I’m with this group? Am I not a part of them? Or may be he / she really doesn’t care about me while I’m a part in a group?

Setiap orang berbeza dan memang ada pendapat / pegangan masing-masing. Penerimaan orang juga berbeza. Dan apabila ini melibatkan orang sekeliling, aku jadi sangat-sangat sensitive. Mungkin dia tak rasa apa-apa bila orang cakap macam ni,

“Oh, aku pun pelik jugak, aku ingat kau sama je level macam kitorang.”

Tapi aku terasa sangat. Rasa tak puas hati, kecil hati dan juga malu. Untuk makluman, ini bukan masalah pangkat atau nak tunjuk aku lagi tinggi daripada sesiapa. It is just a fact. Yes, betul orang cakap apa ada pada pangkat? – Okay, that’s another story. Cuma mungkin dia tak nak fikir air muka aku yang tiba-tiba nak cakap,

“Eh, mana ada. Aku lagi tinggi dari kau, dude. Aku ada degree lah.”

Bukankah bunyinya seperti aku ni berlagak dengan degree tak seberapa aku tu? Bukankah bunyinya macam sombong dan bongkak aku ini? Dan jawapan yang aku beri yang (aku rasa) sesuai adalah senyum dengan lembut sambil mata bersinar-sinar dan cakap,

“Tak lah. Dia lupa aku agaknya.”

Can you see my point right now? Should I highlight it?

Lupa. Forget.

Dan kalau itu yang pertama, I admit it. We’re human, we have done a lot of mistakes but if it leads to another mistake does it really still bring the meaning – “Sorry, it’s not my intention.”? Honestly, kalau orang dah betulkan kamu kali pertama, untuk kali kedua kamu masih buat salah kah? Tak sengaja atau apa? Tidak sensitive? I’m not using sarcasm and I clearly highlight it when I first ask him / her about the matter.

Aku tak marah. Langsung tak. Aku cuma kecil hati.


Aku tak suka, tak boleh, kecil hati bila orang lupa, salah tulis, salah eja dan salah sebut nama aku.





Hahaha… Kan aku dah cakap tadi, aku ni sensitive… Rasa nak lempang aku tak?

Ninja!






*heh


Thursday, October 13, 2011

Mak saya, Pn Rose namanya...


Kepada bonda tersayang,
Selamat hari lahir,
semoga panjang umur,
semoga sentiasa bahagia,
semoga sihat selalu.

Terima kasih untuk kasih, sayang dan cinta...

Wednesday, October 12, 2011

Without words



I should have done that

I should have ignored it

Like something I couldn’t see

I shouldn’t look at you at all

I should have run away

I should have acted like I didn’t hear it

Like something I couldn’t hear

I shouldn’t have listened to love at all

Without a word, you let me know love

Without a word, you give me love

You made me even hold of your breath but you ran away like this

Without a word, love leaves me

Without a word, love tossed me away

What should I say next?

My closed lips were surprised on their own

Coming without any words

Why does it hurt so much?

Why does it hurt continuously?

Except for the fact that I can’t see you anymore

And that you are not here anymore

Otherwise, it’s the same as before

Without a word, you let me know love

Without a word, you give me love

You made me even hold of your breath but you ran away like this

Without a word, love leaves me

Without a word, love tossed me away

What should I say next?

My closed lips were surprised on their own

Without a word, tears fall

Without a word, my heart breaks down

Without a word, I waited for love

Without a word, love hurts me

I zone out

I become a fool because I cry looking at the sky

Without a word, fire well finds me

Without a word, the end comes to me

I think my heart was surprise to send you away without any preparations

It came without a word

Without a word, it comes and leaves

Like the fever before, maybe all I need to do is hurt for a while




Source : OST You're Beautiful (Korean)

Friday, October 7, 2011

Si Hot


RM 90 juta lemon
Hot tak saya?


Coding oh coding : The 2nd project

Beberapa hari sebelum puasa hari tu, Puan Boss panggil aku masuk bilik dia. Aku kena buat satu 'simple system' untuk past year exam question--online. Mula-mula aku kerut kening, fikir nak pakai VB ke tak. Kalau aku guna VB haruslah aku menangis nak buka balik notes masa diploma and degree. Pastu aku rasa guna Web Programming mungkin solution terbaik (kot) yang aku ada. Sambil mata yang bersinar-sinar, aku buat janji manis pada Puan Boss.

"Okay, puan. Saya cuba."

"Awak mesti boleh buat." Puan Boss bagi semangat. err...maybe arahan.

"Insya Allah... Er.. Bila Puan nak tengok?"

"Bila awak siap lah." 

"Oh, okay. Saya mintak sebulan boleh? Sepanjang bulan puasa ni."

"Okay, okay.. Buat dulu."

Dan bulan Ramadhan berlalu dengan aman... Masuk beberapa hari Syawal, aku mengadap boss.

"Dah siap, Puan."



Syukur, Alhamdulillah... 

Bila dah siap, kena tunggu dak serial- Maijura masukkan data. Kalau dah digunakan sepenuhnya maka Alhamdulillah project aku yang ini berjaya setelah User Profile yang aku buat dulu. Part paling best ialah, aku tak ada masalah nak cari/buat server sendiri sebab IT department dah provide kan tapak or host nya. Yay!! Owh, pasal system ni sebenarnya dah lama university dan kolej lain buat. Sebenarnya, kat sini (MSU/PTPL) pun dah buat cuma tak di gunakan sangat sebab dak serial tu tak puas hati dengan system sebelum ini. So aku haraplah dia guna dan berpuas hati dengan sistem cikai aku ni.

Cerita pasal e-Exam Paper ni ialah ia adalah satu tempat di mana student boleh access ke past year exam paper. Student boleh view and download/save file so diorang dah tak perlu request kat kaunter serial macam sekarang. Cuma policy dalam library menyatakan student hanya boleh access past year exam question tu hanya dalam library sahaja. Aku rasa, sebab library buat macam tu supaya student datang ke library dan guna sepenuhnya facilities yang disediakan. Aku rasalah...


Okay, dan sekarang aku dah tak ada kerja nak di buat. *sigh

Thursday, October 6, 2011

Spell

Putrajaya


"Show me the magic of your words so it will become my spell to curse you until the end of time."

Wednesday, October 5, 2011

Thank You

Dear all, thank you for your kindness.

Tuesday, October 4, 2011

Makian dalam hati

"..dan kalaupun aku marah, kau takkan tahu..."

susunan ingatan hari-hari


Entah bagaimana rasanya,
memaksa orang menyiapkan kerja aku,
sedangkan aku sedang seronok
bergelak ketawa bersama yang lain...?


Macam celaka! Kamu tahu?

Monday, October 3, 2011

Putus Cinta


Aku tanya seorang kawan,

"Kau putus cinta ke?"

Dia hanya geleng kepala dan senyum...





*sigh*








p/s:

kepada kamu, kalau baca...
bila-bila pun kamu boleh pinjam
bahu,
telinga,
mata,
dan
hati aku

untuk bercerita.

Bila-bila masa.