Di sinilah tempat kejadian |
Hari ini, setelah lama merancang aku berjaya membuat lawatan ke Stesen Komuter Kuala Lumpur. Jam 11.10am aku dan Mie-chan naik Komuter di Stesen Batu Tiga. Masa mula-mula sampai, aku dan Mie-chan mati kutu nak ke mana. Lantas, kami memaksa kaki buat-buat familiar dengan arah tujuan kami. Dengan beraninya kami berada di kawasan pertemuan Bangladeshi-Bangladeshi yang keluar pada hari cuti. Masa lalu sebelah diorang, aku dan Mie-chan saling berpandang-pandangan.
"Macam bukan dalam Malaysia dah kita ni." Aku bisik kat Mie-chan.
Mie-chan tunduk angguk perlahan-perlahan, takutlah tu aBangLa dengar perbualan tak seberapa itu.
Tiba-tiba kami sampai ke France eh silap, Central Market, Kuala Lumpur, Malaysia. Begitu ramai orang-orang 'Bonjour' dihadapan Central Market menyebabkan aku dan Mie-chan confuse sama ada kami di Malaysia atau France. Namun cuaca yang panas dan mentari menyinar memancarkan cahayanya meyakinkan kami masih di Malaysia.
Okey, selepas makan di Food Court (kot) dan solat Zuhur di CM, kami meneruskan perjalanan sebagai pelancong dan mengambil banyak gambar.
Oh lupa nak beritahu, hari ini kami menjadi pelancong. Tujuan sebenar adalah untuk bergambar di Stesen Kuala Lumpur (banggunan KTM). Ini kerana aku sangat-sangat tertarik dengan banggunan yang cantik dan nampak antik itu. Sempat lah snap gambar kat depan banggunan KTM setelah berusaha keras berjalan-jalan dan hampir-hampir kena marah dengan encik petugas KTM. Tapi biasalah, kami kan pelancong?
Banggunan KTM |
Oh, by the way, gambarnya tak dapat nak disiarkan sangat sebab saya seorang pemalu. Dan hampir setiap gambar ada muka saya dan Mie-chan. So gambar-gambar yang ada hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.
Next station is...
Well, we will see later... Hahaha...
2 comments:
rajin melawat KL...ko pegi muzium negara tak?
haha..tak pulak.may be next time..
Post a Comment