Hari ini hari Jumaat. Hari ini
aku ada meeting dengan encik
Programmer lagi. Still tak
habis-habis lagi cerita system yang
kami request tu. Jumpa untuk terangkan
perkara sama berulang-ulang. Lepas tu boleh pula dia ‘sekolah’kan aku.
Macam biasa, apa yang aku boleh
tepis, aku tepis. Part tak boleh lupa
dia cakap aku sia-siakan pengetahuan aku.
Aku rasa nak ketawa pun ada. Siap suruh aku main coding PHP and mySQL
lagi. Alahaii encik.. Encik pun pakai open
source, template semua, macam
saya tak tahu but as usual I show him my best fake smile ever. So, angguk-angguk konon faham. Dalam hati aku
istighfar banyak-banyak.
Bila aku cakap aku nak cari kerja
lain untuk guna knowledge aku tu, dia
boleh pula cakap,
“Tak perlu tukar kerja, you can
stay here and try doing your own system. Then we can collaborate and I will not
claim your work as mine.”
Muka aku masa tu dah macam,
“What?” Then I said to him, “Actually
encik, I know how to do this and I understand the flow but since I can request
you to do it for me why should I do that? We have OUR brilliant programmer so
why bother to do your work. I am here as the end user.”
“Oh, tu maksudnya you wasted your
knowledge you see. You ada bakat nak buat ni.” Masih ulang benda yang sama.
“I’m not wasting it. Saya tahu
semua tu. Saya nak jadi boss. Saya tahu nak buat macam mana, saya boleh detect
mana ada error, saya tahu nak contact siapa kalau ada masalah. So, here I am. I
manage the system but I didn’t build it. Itu kerja programmer.” Aku jawab
sambil senyum.
Dan dia balas kata aku takut nak
hadapi kesusahan. Dia cakap aku kena berani untuk hadapi failure dan kena usaha untuk ubah value aku sekarang. Adoii aii.. So
what aku jadi librarian? Rugi
sangat ke aku jadi librarian? Aku
jadi librarian pun tengok lah unit aku
apa pula kan? Ending nya aku hanya
senyum dan sambil aku angguk, “Thanks encik. I really appreciate it. Tapi saya tak hebat nak jadi programmer dan saya suka kerja saya sekarang.”
Cerita ini belum habis lagi. Bila
aku nak melangkah keluar daripada office
orang-orang hebat itu, salah seorang cik programmer yang buat system library (another system) tahan
aku. Sambil sembang-sembang, dia temankan aku ke lif. Tetiba dia bukak cerita.
Sebelum ini aku memang ada buatkan satu simple
system untuk kegunaan seorang staff
purchasing.
Sebenarnya bukan hebat pon system cikai aku tu, hanyalah tempat
simpan data untuk dia retrieve
kemudiannya. Memang lah data itu private
but data tu memang aku tak reveal
pada orang pun. In fact aku just merge data-data tu dalam database. As simple as that. Sekarang ni, ITIC
kena buat satu system yang lagi hebat
untuk data storage mereka.
Dan ada seorang programmer ni, yang
aku tak tahu namanya, yang kena buat system
untuk Purchasing Department tiba-tiba
sentap sebab ada campur tangan Library
buat system untuk Purchasing. Adoii aiii. Lepas tu dia sibuk
nak argue dengan private & confidential issue pula. Okay. Ini gua pening. Dan daripada apa yang aku dengar daripada
kawan programmer aku tu, dia ada buat statement,
“Library buat lah kalau macam ni.” Nampak tak kat situ? Tercabar ke apa? Dia kan
orang hebat, nak banding dengan system
cikai aku tu apa lah sangat?
Terus mood aku down gila-gila.
Sepanjang perjalanan balik ke opis aku cuba pujuk hati. Aku tak tahu apa yang aku rasa.
Nak marah, tapi kenapa? Nak sedih, sedih ke masalahnya? Geram? Sakit hati? Aku
tak tahu nak kategorikan rasaku itu. Sampai dalam office terus aku bersandar
tepi meja Mi-chan. Duduk dan mata berair. Terus aku mengadu kat Mi-chan. Dalam
hati masa tu harap sangat nak mengadu kat Mr.Typo. Siyes rasa macam poyo lak. Tapi at
least kalau dapat tengok muka dia kejap, leh la lega hati ini. *ini gedik*
Lepas sesi meluahkan rasa kat
Mi-chan, aku keluar lunch dengan
dak-dak opis. Dah reda sikit rasa pelik itu aku text
kat Mr.Typo wish solat Jumaat. Guess what? Dia ada kat Shah Alam dan
dia tanya nak makan Burger King ke tak. Kalau ikut hati aku memang tak nak
susahkan dia tapi aku rasa aku kena tengok juga dia hari ini. So, dengan tak malunya aku cakap ok. Dia
hantar satu set burger kat depan
guard tadi. So sweet... Dapatlah jumpa dia kejap, walau tak sampai 5 minit aku rasa mood
aku dah okay bila nampak muka dia. Handsome
as usual. Emmm…
P/s: Nampak tak kimia kita kat
situ, awak? Thanks luv.
Rasa ini. Fin
No comments:
Post a Comment