Wednesday, April 18, 2012

I, myself don't know either...

What should I do?
What do I want?

Do I want a boyfriend?
Do I want to fall in love?


Should I get caught up in it
or should I not?

Should I give up?
Should I keep my hopes up?


When will I start to like him
or will I not like him?


I'm the one who's the most confused.
I'm the one who's the most troubled.



                                         -Ayane, Kimi Ni Todoke (chapter 67)




Sha qi said :  I, myself don't know either







Monday, April 16, 2012

1st time


1st time in my life


Tak dapat nak di kata apa-apa lagi. Di kawasan 90 saya hanya bawak 107 sahaja. Sampai hati dia detact kereta saya.

Berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.


Harap-harap ayahanda tolong selesaikan. ( T_T )

Friday, April 13, 2012

Jam 4 petang


Jam 4 petang,
ditemani setin 'cappuccino',
sebungkus 'potato chips',
bersama lagu-lagu hit semasa,
aku siapkan kerja-kerja yang tak pernah selesai
dan...

hati yang tak henti-henti berbisik kata-kata rindu.



Entah sejak bila  hati dah pandai merindu tanpa kata,
entah sejak bila aku dah jadi perindu yang setia..?

Wednesday, April 11, 2012

Day 3 : Give Up

The conversation still on-the-line. (not so much, though)
Keep asking and answering.
A little smiley and a lot of laughing.
With 'haha' and 'hihi'. Nampak sangat saya tak ada modal. *sigh*
Today, I make up my heart.
He is just a friend, yaw!!
A new friend!
Hey new friend, hope we will keep in touch.
Er... May be not in so much conversation.
But a simple "Hi" will do...








Today is the last day.*sigh*

Tuesday, April 10, 2012

Day 2 : The Reply

Wah, he replied!!
The conversation start.
I hope that it will be 'never-boring-conversation'.
Lambat pulak dia reply yang seterusnya.
Emm... May be he is boring.
Tiba-tiba saya jadi stalker.
View his profile.
LOL
He already had someone special.


Tapi tak pe, biasalah... *kecewa*
2 more days remaining.

Monday, April 9, 2012

Day 1 : F L I R T

Warning : Ini entry gedik.

'Someone' add me at FB.
Wah, berbunga riang rasa hati.
Bukan tak pernah ada orang add, cuma maybe this one special sikit kot...*blushing*


Start with flirting (I guess so) words:
Thanks add.. :)


I'm dying waiting for the reply.


And...
Dia still tak reply.
-Ah... Gila malu. Rasa macam nak delete je PM tu.-





Gives me 3 days. I will forget about you, until then...

Friday, April 6, 2012

Tempat Mengadu Domba

Disclaimer: Blog ini memang tempat meluahkan perasaan!!

Bermula dengan sebab yang entah kenapa dan bagaimana tiba-tiba 'seseorang' menjadi moody, aku terus menerus hidup dengan biasa... *sigh*

Day 1:
Tiba-tiba ada seorang staff menjadi pendiam yang amat. Sumpah aku bimbang juga maklumlah LRC sekarang diserang unsur-unsur mistik. Mungkin dia 'terkena'. Tapi setelah aku menggunakan instinct aku yang 'boleh-lah-boleh' ni, jelas menunjukkan tiada sebarang hantu atau puaka yang datang menenggek pada dia. Itu cuma mood dia yang-entah-kenapa datang menyerang and I doesn't even give a damn f**king care! (ok ni nampak aku dah maju sangat dalam industri memaki-maki.) Tiba-tiba dia buat sombong dan tidak pedulikan aku. Well, aku memang tak kisah pun, tak rugi apa-apa langsung tapi tak perlulah rasanya sampai macam tu. Kalau kamu tak nak tegur @ hormat aku as your officer, takkan aku nak paksa kamu melutut depan aku dan aku ketuk kepala kamu. Suka hati kamu lah. Aku tak rugi apa-apa, bukan aku bayar gaji kamu pun...

Actually staff ni okay, kerja dia bagus walaupun kadang-kadang dia tak boleh terima teguran dan kadang-kadang juga dia kurang hormat pada orang yang lebih tua/atas pada dia. Mungkin itu cara dia dan semua orang boleh terima rasanya. Tetapi apabila kita bekerja dalam kumpulan -- we called it work in a team, setiap perbuatan kita yang kurang disenangi oleh our colleague seharusnya kita sedar dan fahami. But if that is your way of life or thinking, so siapalah aku ini nak menegur kan? Mungkin umur akan mematangkan pemikiran dan ini peringatan untuk aku juga dan kepada siapa-siapa yang terbaca ini.

Day 2:
Ini lagi lah, pagi-pagi lagi dah bikin hati gua panas!! Cerita ini berlaku semalam (5 April 2012) di PTPL Shah Alam. Masa tu sebelum aku dan Mie-chan join InfoHunt, kami pergi membeli keropok lekor. Yang tukang jual nya itu... Macam hampeh!

Aku: Akak, ni boleh ambil sendiri ke?
Akak Kopok: Kalau tak sabar, tak mahu tunggu ambillah sendiri. (loghat Endon dengan kasarnya)
Aku: ... (sambil pandang Mie-chan)

Lepas tu kami mintak asingkan sos pencicah pun dia masam muka dan membentak-bentak. Dalam hati aku dah rasa lain macam. 'Ini period ke apa ni...' Kalau ikut hati aku mahu je aku tinggalkan keropok, sandwich & sosej tu. Tapi Mie-chan sebelah aku nampak macam cool. So aku 'curi' ke-cool-an Mie-chan untuk nampak aku seorang yang sabar. Dalam hati aku tak payah nak cerita lah macam mana marahnya aku. Kalau nak ikut-hati-mati aku, memang dah lama aku jerit kuat-kuat kat situ. "Kau ni nak meniaga ke tak nak? Dasar Endon menumpang tak sedar diri."

Lepas ni, memang TAK lah aku nak beli makanan kat situ lagi.


Day 3:
Ini cerita pagi tadi. Dengan niat suci, aku tegur salah seorang housemate aku,"Kau nak balik kampung eh?". Entah dia dengar ke tak, aku sambung lagi, "Kirim salam parents kau ye..." Dia still buat tak tahu. Seyes aku berniat suci tapi mungkin dia moody, mungkin dia tak dengar dan pelbagai mungkin lagi, dia buat tak endah je. Aku pun masuk bilik tutup dan kunci pintu. Rasa tacing sengsorang. Lepas dia pergi kerja, baru aku keluar bilik dan pergi kerja juga. Malas nak layan rasa kecil hati, aku tinggal Mie-chan biar dia naik motor sorang-sorang. Biasalah, marahkan nyamuk kelambu dibakar... (Hahaha... Tak lah, sebenarnya Mie-chan nak balik rumah akak dia, so kitorang pergi asing-asing.) So, aku assume housemate aku tu sama ada pekak tak dengar atau pun dia memang moody. LANTAK LAH!!

Day 4:
Esok aku nak melepak dalam bilik. Tidur. Silent handphone. Tak nak jumpa atau communicate dengan siapa-siapa. Nak jadi apa, jadilah. Dah malas dah ni. Aku pulak yang nak moody ni...



Okay. Aku dah meluahkan perasaan ni in one shot. Tak sabar nak tunggu esok... Cepatlah malam...

Thursday, April 5, 2012

InfoHunt di sekolah

Nas & Kak Wiwin

Nas kontrol senyum

Mi-chan & Kak Wiwin

Mi-chan showing 'L'?
Dah lama rasanya aku tak menjejak kaki ke sekolah... *Tiba-tiba tacing* Kali ini kami (MSU & PTPL LRC) ke sekolah di Klang (Sorry, tak boleh nak mention nama school sebab ini work related.) untuk pencarian peserta tahunan InfoHunt 2012 akan datang. InfoHunt adalah salah satu acara tahunan pihak library (MSU & PTPL) dimana sekolah-sekolah akan menghantar wakil dan bertanding sesama mereka untuk menang hadiah sekaligus mendapat pengetahuan am mengenai MSU & PTPL dan juga kekal sihat.

Okey sebenarnya cuma nak share dekat sini, bahawa masa aku jalan-jalan dalam area sekolah tersebut, kenangan lama masa sekolah dulu-dulu (macam lama sangat) tebayang di minda. *cewah* Sedikit rasa sayu, teruja, rindu, gembira dan sebagainya menjadi satu. Rasa yang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata. *sigh

Mungkin lepas ni aku akan join lagi pergi sekolah-sekolah dan mungkin juga tidak bergantung kepada pelawaan orang atau keinginan aku sendiri nak join ke tak nanti. Kita tengok lah nanti...





P/s: Akak-akak kat LRC PTPL cakap saya dah kurus... *blushing*

Thursday, March 8, 2012

not an attention whore

attention whore (bukan aku cakap, tapi pakcik google yang tunjuk gambar ni)


I'm not an attention whore so please treat me (at least) as a human... if you don’t want to treat me as one of your friends.

Aku bukan mahu perhatian dari kamu, bukan mahu kamu membelai-belai aku, jauh sekali mahu kamu memuji-muji aku. Tapi perasaan ini yang dimana apabila kamu serius mahu tahu sesuatu, kamu diberitahu apa yang kamu mahu tahu. Cukup.

Adakah dia sengaja mahu bergurau dan menggunakan tagline ini "Tak boleh bergurau, pergi duduk surau." atau memang dia serius mahu menyakitkan hati? Aku tak tahu. Mungkin lebih baik aku anggap dia hanya mahu bergurau. Dan si hati pula asyik bertanya, ‘Sejak bila aku ini tak boleh dibawa bergurau?’

If you already draw the line between us, so why should I across it?

So, dari saat dan detik ini jangan salahkan aku bila aku layan kamu seperti aku melayan seorang manusia lain selain dari hak seorang kawan aku. Kamu mungkin gembira kan? You asked for it...

Wednesday, March 7, 2012

Di atas meja ada bungkusan

  Petang ini aku dapat bungkusan ni:



Dengan hati tertanya-tanya (sedikit teruja), aku pun bukak la surat a.k.a bungkusan tersebut. Tadaaa...



 

text read as:
MEMANG SEMULAJADI !! SESUNGGUHNYA iA XPERLU DIBUAT-BUAT!! BURUK OK??!! Secret Admirer


Ya.. Itu dia...



Ya, memang buruk betul. Siapa ntah yang ambil gambar tu??


Now aku terfikir...

"Aku ada secret admirer rupanya..."



Hahaha... Thanks friends.


Me Gusta!!!