Tuesday, January 26, 2010

Fake smile in this tired face!


Aku penat dengan semua.
Aku letih nak senyum.
Tak berdaya lagi nak senyum.
Tapi aku senyum jugak
Sebab dengan senyuman hati aku lega.
Tak pedulilah berapa lama aku mengadap cermin
berlatih senyum.
Pedulikan mata yang memandang sebab
aku benci.
Aku benci aku kat sini.
Penat.
Benci.
Fake.


Aii... May be aku kena apply cuti?!

Fake smile in this tired face!~end

Wednesday, January 13, 2010

Aku nak...


Aku nak jadi sibuk macam orang lain...
Aku nak siapkan kerja-kerja yang ada dengan cepat...
Aku nak tau apa yang aku tak tau...

Aku nak duk kat tengah-tengah opis aku ni sambil jerit...
"Persetan kan semua ini!!"
Aku nak jari telunjuk aku menunding pada semua orang dan cakap...
"Jangan menyibuk... Biar aku dengan dunia aku..."

Aku nak dengar lagu yang aku suka 1000 kali...
Aku nak jelir lidah kat semua orang...
Aku yang benci semua orang...
Kerana ada masanya aku rasa semua orang benci aku...

Aku nak...
Aku nak...
Aku nak menangis....


Fall... Fall... Fall... Again?

Lost...

Aku nak... end...


Tuesday, January 12, 2010

Hati yang bahagia...

Aku bahagia...
Aku gembira...
Aku suka...

Bila si hitam yang menyemak...
Bila si busuk yang menghimpit...
Bila si penyibuk yang mengganggu...
sudah tiada...

Aku bahagia dengan kedamaian ini...
Aku gembira dengan kesunyian ini...
Aku suka dengan ketenangan ini...

Semoga damai yang membahagiakan ini...
Sunyi yang mengembirakan ini...
Tenang yang disukai ini...
Milik aku...
Selamanya...

Friday, January 8, 2010

tukar link!

Dengan gembiranya aku menukar anaqicute.blogspot kepada jurnalanaqi.blogspot. Segala kesulitan amat dikesali. TQ...

I hate yesterday!

Erm… Yesterday I was so down, but I think nobody realize it! Damn, I don’t need others sympathizes. I've never been perfect even I always trying to make my every single day perfect! The fact is we're never been perfect! I’ try to forget all the hurt inside my heart. Realize that not everything I have done well.

My heart is strong today. (I wish!) There should be no more stress. Just for my family sake, I will take time to think before I make mistakes. Abah will hurt if I’m still who I was yesterday. I need to change. And I’m trying to change myself to be a better person.

I'm sorry for not being a perfect me. I will try to live on my own. The new me will be alright and I will never been scared. I love you, abah. Thanks for the support. This is my first step to begin with.

Good luck Anaqi-chan!

Thursday, January 7, 2010

Mari menyesalinya...

Darn it! Darn it! Darn it! Aku tak tau aku salah or memang salah! Ni blog aku okay?! Suka hati aku okay?! Macam ni lah, kalau tak suka ayat-ayat power aku dalam blog ni tak payah baca ye! Otak kau tak sakit... Now, stay away from me and my life!
Minta Maaf! Sorry! Sumimasen! Je regrette!
So, aku dah minta maaf kalau ada pihak terasa hati ke apa ke dengan ayat-ayat power aku dalam blog ni. Tak puas hati, shoot aku terus kan? Bagus lah... Aku puji tindakan kau itu... Terima kasih sebab sudi serang aku pagi-pagi buta tadi. Hari yang bergembira untuk aku mula bekerja pada 7 January 2010 ni...
Okay, aku nak buat pengakuan yang:
1. Aku bukan orang Terengganu, at least tak lahir di Terengganu.
2. Ni blog aku, pandangan aku. Orang tak suka, aku peduli apa?
3. Aku tak akan amik tahu hal orang selagi perkara tu tak melibatkan aku,kerja aku,famili aku,kawan-kawan aku.
4. Aku tak suka orang yang rasa "Aku dah kerja lama dari kau,aku tau apa aku buat". Seyes sh*t, aku benci statement tu!
5. Aku hati busuk?Hahaha... Yang ni aku tak setuju sebab aku adalah orang yang telus, share dengan semua orang apa yang aku rasa? Salah ke?
Lastly, sekali lagi... Kalau tak suka blog aku, tak payah baca and jangan menyibuk yang aku tulis!
Trimas...
Mari menyesalinya...end!~

Wednesday, January 6, 2010

Sedar-sedar la diri tu...


Sebenarnya aku malas nak menyibuk hal orang... Tak de masa ye... Tapi bila hal orang tu mungkin berkait dengan aku, agak-agak perlu tak aku menyibuk? Em... Macam ni lah, aku mengingatkan diri aku sendiri je lah sebab aku pun selalu buat macam tu, tapi dengan lebih berhemah (lah kot? ). Okay, jangan mengarut lagi ye Miss Anaqi, sila ceritakan yang lebih lanjut....

the fire stone...hahaha...

Adalah akak-akak ni story ada sorang mamat tu nak jadi batu api... Hahaha... Weird tol... Nak jadi fire stone ni, kene la menuntut dengan aku dulu... Bodo! Boleh pulak nak menghasut orang, mengadu domba (wah klasik gitu! ) pasal shelves orang. Eh bai, buat keje lu sudah... Shelves lu tu okay ke? Aku tengok tiap-tiap pagi Mie-chan beria-ria susun... Aku pun selalu gak menghasut Mie-chan komplen pasal mamat ni tak buat kerja. Bai, lu claim O.T tapi tak buat kerja bukan makan gaji buta ke namanya tu? Hahaha... Terasa? Aku peduli apa?


Aku jauh sekali nak jeles dengan rezki lebih dia, cuma aku rasa tidak adil la kan? Kalau pun ko tanak buat kerja, lantak ko lah, yang penting jangan jadi batu api, nak melaga-lagakan orang. Cermin diri tu dulu, ye bai? Aku lak yang makin naik menyampah bila tengok dia so aku hanya buat-buat tak nampak bila nampak dia. Tak pro langsung aku ni kan? Tapi at least aku dapat mengelakkan daripada terkeluar perkataan yang kurang sopan bila aku bercakap dengan dia kan? Hahaha...


Okay? Ada sapa-sapa terasa? Bagus...


Sedar-sedar la diri tu... tamat ~

Monday, January 4, 2010

Welcome 2010, welcome 24 years old me...

Saat hati berbicara tanpa otak menapisnya...
"Anda adalah orang yang hanya bersahabat dengan orang sekeliling anda, yang mempunyai kepentingan pada anda sahaja." Err... Am I? Mula-mula masa aku baca kenyataan tu, aku memang terkejut. Terkejut! Tapi bila aku fikir-fikir balik, ya... Memang mungkin betul kenyataan itu. Bukan semua orang sama ke? Berkawan, bersahabat sebab kepentingan? Aku adalah orang yang memerlukan kawan, teman dan sahabat yang memberi kepentingan pada aku. Kepentingan yang pelbagai. Aku perlukan kawan untuk bantu aku buat kerja. Aku perlukan teman untuk aku keluar berjalan-jalan. Aku perlukan sahabat untuk aku tidak rasa sunyi. Sebab aku kerja untuk hidup, aku keluar berjalan-jalan nak lepaskan tension, aku nak menghalau rasa sunyi untuk jauh daripada perasaan takut. Salah kah? Salah kah aku nak berkawan, berteman atau bersahabat sebab kepentingan aku? Bukankah orang-orang disekeliling kita memang memberi kepentingan pada kita?
Walaupun ada kalanya aku rasa benci dengan semua orang disekeliling aku dan aku rasa aku dibenci oleh semua orang disekeliling aku. Aku kerap cakap "Peduli apa aku?", "Ada aku kisah?", "Eh, kenapa aku menyibuk hal ko, ye?" Sebenarnya ada masanya aku peduli, ada masanya aku kisah dan ada masanya aku betul-betul seorang penyibuk. Ada masanya... Masa aku rasakan benda tu sebenarnya mendatangkan faedah pada aku! Hipokrit? Memang, aku dah lama sedar dengan sikap buruk aku ini. Walaupun aku cuba tak hipokrit, aku tetap hipokrit! Aku memang tak-guna-punya-orang. Aku memang sedar itu tapi aku masih lagi pretend yang aku sebenarnya orang berguna. Peduli apa aku dengan semua orang?
Orang yang puji aku tu tak tau sebenarnya aku macam mana sama juga sesetengah yang kutuk aku tu tak tau juga hal aku sebenarnya. Walaupun aku adalah orangnya yang gilakan pujian dan aku juga orang yang paling cepat terluka dengan kutukan dan cacian, aku masih boleh menunjukkan hipokrasi (Eh?ada ke perkataan ni?) aku dengan senyuman. Penat sebenarnya jadi hipokrit ni. Letih sebenarnya nak tersenyum yang nampak macam ikhlas ni.
So, Welcome 2010, welcome 24 years old me... Tahun ni mungkin akan lebih baik dari tahun sebelum dan macam biasa aku akan berusaha untuk jadi terbaik!
Gambare ne~ Anaqi-chan!