Monday, January 4, 2010

Welcome 2010, welcome 24 years old me...

Saat hati berbicara tanpa otak menapisnya...
"Anda adalah orang yang hanya bersahabat dengan orang sekeliling anda, yang mempunyai kepentingan pada anda sahaja." Err... Am I? Mula-mula masa aku baca kenyataan tu, aku memang terkejut. Terkejut! Tapi bila aku fikir-fikir balik, ya... Memang mungkin betul kenyataan itu. Bukan semua orang sama ke? Berkawan, bersahabat sebab kepentingan? Aku adalah orang yang memerlukan kawan, teman dan sahabat yang memberi kepentingan pada aku. Kepentingan yang pelbagai. Aku perlukan kawan untuk bantu aku buat kerja. Aku perlukan teman untuk aku keluar berjalan-jalan. Aku perlukan sahabat untuk aku tidak rasa sunyi. Sebab aku kerja untuk hidup, aku keluar berjalan-jalan nak lepaskan tension, aku nak menghalau rasa sunyi untuk jauh daripada perasaan takut. Salah kah? Salah kah aku nak berkawan, berteman atau bersahabat sebab kepentingan aku? Bukankah orang-orang disekeliling kita memang memberi kepentingan pada kita?
Walaupun ada kalanya aku rasa benci dengan semua orang disekeliling aku dan aku rasa aku dibenci oleh semua orang disekeliling aku. Aku kerap cakap "Peduli apa aku?", "Ada aku kisah?", "Eh, kenapa aku menyibuk hal ko, ye?" Sebenarnya ada masanya aku peduli, ada masanya aku kisah dan ada masanya aku betul-betul seorang penyibuk. Ada masanya... Masa aku rasakan benda tu sebenarnya mendatangkan faedah pada aku! Hipokrit? Memang, aku dah lama sedar dengan sikap buruk aku ini. Walaupun aku cuba tak hipokrit, aku tetap hipokrit! Aku memang tak-guna-punya-orang. Aku memang sedar itu tapi aku masih lagi pretend yang aku sebenarnya orang berguna. Peduli apa aku dengan semua orang?
Orang yang puji aku tu tak tau sebenarnya aku macam mana sama juga sesetengah yang kutuk aku tu tak tau juga hal aku sebenarnya. Walaupun aku adalah orangnya yang gilakan pujian dan aku juga orang yang paling cepat terluka dengan kutukan dan cacian, aku masih boleh menunjukkan hipokrasi (Eh?ada ke perkataan ni?) aku dengan senyuman. Penat sebenarnya jadi hipokrit ni. Letih sebenarnya nak tersenyum yang nampak macam ikhlas ni.
So, Welcome 2010, welcome 24 years old me... Tahun ni mungkin akan lebih baik dari tahun sebelum dan macam biasa aku akan berusaha untuk jadi terbaik!
Gambare ne~ Anaqi-chan!

No comments: