Wednesday, March 23, 2011

Kerja & Tanggungjawab

Kerja adalah perbuatan yang kau buat dan tanggungjawab adalah yang kau pikul semasa kau tengah bekerja.
Hari ini aku nak ‘cerita’ mengenai perbezaan. Lumrah dalam hidup kita terlalu banyak perbezaan yang ada. Mana ada hak sama-rata? Mana ada kita ni sama? Waima muka kita pun kalau bahagi dua tetap tak sama.

So, as a staff kita tak boleh nak menuntut hak yang sama rata, apatah lagi nak bagi equal kepada tanggung jawab. Let say, kau assistant ke pembantu ke apa ke, kau takkan boleh dapat hak sama dengan pegawai atasan kau.

Bunyinya macam, ”Eh, gila ah, kau ingat kau boss besar ke rasa tinggi sangat macam tu?
Dan ia menjadi lebih bangang apabila kau bandingkan kerja kau sebagai kuli dengan pegawai atasan kau yang kononnya tinggi lagi pangkatnya dari kau (ceh, ada apa dengan pangkat?—okay, tu hal lain). Memang tak lah kan? Dan hakikatnya, pegawai atasan kau tu pun kuli juga sebenarnya sebab dia pun kerja bawah boss ‘besar’ kau.

Hierarchy tahu?

Kalau tak tahu, meh aku kasi tahu. Hierarchy atau hiraki dalam bahasa Melayu bermaksud susunan perkara (objek, nama, nilai, pangkat dsbg) dimana setiap item mempunyai susunan daripada atas ke bawah atau bawah ke atas. Simple as that. Macam system pyramid pun ada juga. Yang bawah support yang atas. Secara logic akalnya yang bawah kerjanya mesti lebih. Dan apabila menuju ke atas, kerjanya makin kurang. Akan tetapi, harus kau ingat bahawa apabila kerja kau kurang, tanggungjawab beban atas bahu kau sangatlah berat. Faham?

Senang je, jangan nak persoalkan kerja kau banyak dan kau tak puas hati dengan pegawai atasan kau yang kononnya kerjanya tak ada (ni kau kata lah). Kalau kau nak kerja macam dia, pergilah buat Degree, Master hatta PhD pun, mesti kau akan jadi macam atau lebih daripada dia. Am I right? Sangatlah nampak kebodohan yang nyata apabila kau nak bandingkan kerja kau dengan pegawai atasan kau. Senang cerita, kau jadilah pegawai jugak kalau nak kerja kau dan pegawai kau sama.

Nak lebih, apabila kau jadi pegawai pun bersama-sama rakan pegawai kau pasti takkan puas hati juga sebab tak kan ada kerja sama-rata. So, sebagai nasihat kepada diri sendiri, tak payah nak persoalkan kerja orang, yang penting kerja kau tu, settle baik-baik. Apabila kau buat kerja kau, orang atasan kau pun pasti akan buat kerja mereka. Kalau dah kerja kau, pegawai kau nak buatkan, baiklah kau berhenti kerja. Bagi peluang orang-orang luar yang menganggur nak bekerja tu.

As a conclusion, kita hendaklah menjauhkan diri daripada sikap hasad dengki atau tidak puas hati dengan orang lain. Kerja dengan amanah. Sedar dengan rezki Allah S.W.T ada dimana-mana. Tapi kalau kau menipu dengan kerja kau sendiri, sendiri mahu ingatlah makan kau status halal-haramnye. Ye tak?

Fin.

No comments: