Thursday, July 7, 2011

Khamis; Hati yang amarah?

Bermula dengan satu pertanyaan yang menjurus kepada hati yang terguris. Entah sejak bila aku menjadi begitu sensitif. Terasa dengan kata-kata begini,

“Saya tahu kerja saya. Tak payahlah awak nak ingatkan saya. Terima kasih.”

Aku terlalu sensitif atau tona suaranya yang mengguris hati? Petang itu aku mengadu resah pada seorang kawan, dan seorang kawan yang baik hanya berdiam diri, tidak menyimbah dengan minyak yang panas, atau menyiram dengan air yang sejuk. Sekadar mendengar. Dan sebenarnya itu yang sepatutnya kerana aku tidak memerlukan sokongan apatah lagi bantahan, aku sekadar meluahkan. Itu sahaja.

Sudah hampir tiga hari aku tidak menegurnya apatah lagi dia. Walaupun kadang-kadang aku terpandangkan dia dan hati menidakkan kewujudannya. Walaupun kadang-kadang aku mengerling dengan ekor mata, aku masih menidakkan kehadirannya. Dan dia juga mungkin sama.

Tidak pasti sampai bila. Dan hati yang jahat ini selalu sahaja mengeji dia. Selalu mengutuk dia. Selalu mencaci dia. Hanya didalam hati (er, juga di FB—kerana aku tergolong dalam golongan ‘itu’) kerana aku bimbang sekira terluah, sejuk penghawa dingin akan bertukar menjadi pendiang api. Lebih baik diam. Dan aku diam dengan caraku. Menidakkan kewujudannya. Membataskan pemandangan. Memekakkan telinga. Setakat ini itu cara aku. Dan dia mungkin sama.

Dan, anehnya, mendengar suaranya juga menjadikan aku rasa menyampah. Menjadikan aku rasa geram. Menjadikan aku marah. Sungguh teruk rasa benci ini. Wah, si bertanduk dua mungkin sedang bersorak melihat kekalahan aku pada satu sifat ini; AMARAH.


Tak tahu sampai bila. Tapi hati ini amat degil. Amat kotor. Amat jahat. Amat busuk.

2 comments:

wenkhadi said...

aku pun same gak....sorang dak india ni selalu tegur aku layan blog walking. Aku pun tensen. Aku pun kenakan dia balik...bila dia nk layan googletalk...aku sound kuat2 "hey....close your IM and pls do some work".. hehe

Anaqi Hawwari said...

haha..hbt r ko leh sound.aku kalo sound kang jadi gaduh.biasalah pompuan kan emo?hahaha