Friday, October 7, 2011

Coding oh coding : The 2nd project

Beberapa hari sebelum puasa hari tu, Puan Boss panggil aku masuk bilik dia. Aku kena buat satu 'simple system' untuk past year exam question--online. Mula-mula aku kerut kening, fikir nak pakai VB ke tak. Kalau aku guna VB haruslah aku menangis nak buka balik notes masa diploma and degree. Pastu aku rasa guna Web Programming mungkin solution terbaik (kot) yang aku ada. Sambil mata yang bersinar-sinar, aku buat janji manis pada Puan Boss.

"Okay, puan. Saya cuba."

"Awak mesti boleh buat." Puan Boss bagi semangat. err...maybe arahan.

"Insya Allah... Er.. Bila Puan nak tengok?"

"Bila awak siap lah." 

"Oh, okay. Saya mintak sebulan boleh? Sepanjang bulan puasa ni."

"Okay, okay.. Buat dulu."

Dan bulan Ramadhan berlalu dengan aman... Masuk beberapa hari Syawal, aku mengadap boss.

"Dah siap, Puan."



Syukur, Alhamdulillah... 

Bila dah siap, kena tunggu dak serial- Maijura masukkan data. Kalau dah digunakan sepenuhnya maka Alhamdulillah project aku yang ini berjaya setelah User Profile yang aku buat dulu. Part paling best ialah, aku tak ada masalah nak cari/buat server sendiri sebab IT department dah provide kan tapak or host nya. Yay!! Owh, pasal system ni sebenarnya dah lama university dan kolej lain buat. Sebenarnya, kat sini (MSU/PTPL) pun dah buat cuma tak di gunakan sangat sebab dak serial tu tak puas hati dengan system sebelum ini. So aku haraplah dia guna dan berpuas hati dengan sistem cikai aku ni.

Cerita pasal e-Exam Paper ni ialah ia adalah satu tempat di mana student boleh access ke past year exam paper. Student boleh view and download/save file so diorang dah tak perlu request kat kaunter serial macam sekarang. Cuma policy dalam library menyatakan student hanya boleh access past year exam question tu hanya dalam library sahaja. Aku rasa, sebab library buat macam tu supaya student datang ke library dan guna sepenuhnya facilities yang disediakan. Aku rasalah...


Okay, dan sekarang aku dah tak ada kerja nak di buat. *sigh

3 comments:

Anonymous said...

yea..yea.... Siap pun...

Awish said...

waa bagus2... xde laa jem kaunter perpustakaan bile tibe time dekat nak exam kan... biase laa budak2 ni banyak study last menet (hehe mcm laa aku study awal sgttt)

AnaqiHawwari said...

xluwiex : aku pon sama, study last menet gak. biasalah nak menghafal.haha..