Tuesday, November 4, 2014

Workstation

Siyes aku nak duduk tempat lama Fitz. Dari awal lagi aku dah chupp nak tukar tempat dengan dia tetapi dah Fitz tukar kerja ada beberapa masalah aku nak tukar workstation sekarang.

1st Aku kena minta persetujuan orang-orang sekitar.

2nd And… the drama begin;
“Aku nak letak file.” “File aku banyak..” “Aku dah pakat ngan ‘diorang’ nak letak file.” “Nak orang baru duduk situ.”

My respond;
“Oh… Okay~”

So Sha Qi, takkan tak faham-faham lagi? Macam mana kau nak semua orang suka kau kalau kau tak boleh suka semua orang. Now, semangat nak cari tempat makan baru dah makin berkobar-kobar. Note to myself, aku tak boleh nak puaskan hati aku dengan sakitkan hati orang sebab aku pun sakit hati kalau orang buat benda sama.

My conclusion;

Bersabarlah aku dengan orang yang duduk di hadapan workstation aku ini dan aku harap dia juga bersabar duduk depan aku… Stay je lah kat workstation sekarang dan berdoa semoga cepat-cepatlah dapat rezeki di tempat lain…

Aminnn…


P/s: Macam mana aku tak suka orang, orang pun tak suka aku.. Vice versa!

Thursday, September 25, 2014

Boss, aku dan dot.dot.dot

Perghh tajuk..

Ehem. Ok, dah lama rasa tak bercerita cara santai.

Aku ada boss. Perempuan. Selalu dengar ada boss perempuan ni macam leceh, cengeng, garang, moody dan macam-macam. Honestly, boss aku okay je kot. So, lucky me?

Ada beberapa situasi antara aku dengan Puan Boss ku yang aku bet aku akan ingat walaupun aku dah tukar kerja nanti. (Eh?)

Bila aku kena 'jerit'
Perkara biasa aku kena dengan Puan boss adalah bila dia 'jerit' depan aku. Biasa aku akan tunduk dan hadam. Telan dengan perit. Dah tu memang salah aku. Memang aku mengaku. Kadang-kadang aku nyanyuk bajet hebat memang akan lupa je task yang agak penting tapi kena letak tepi sebab aku sibuk buat kerja-semasa-nak-siap-cepat.

Tapi...

Ada masanya aku kena 'jerit' yang bukan salah aku. Dengan berani aku angkat muka, "Janganlah jerit, boss." Ujarku lembut sambil pandang mata beliau. Kadang-kadang aku ugut dia aku nak nangis. Biasanya dia gelak.  Ok, ugutanku tak datang hasil. Kadang-kadang aku rasa malu kena 'jerit'. Sebab confirm semua dak opis aku dengar kat luar bilik dia. Kuat kot. Tapi hadam je lah sebab salah aku. Buat 'bow-dowh' je la.

Bila ada project baru
Boss aku ni jenis updated dengan suasana teknologi semasa. Semua dia nak buat. Dan apabila idea baru dia tu nak apply kat LRC ni relate dengan unit aku, memang aku kena mengadap dia ber-jam. Bincang tung-tang tung-tang. Biasanya, ShaQi the great akan bagi pandangan bernas (ha-ha). Part best ialah aku boleh bagi pandangan aku. Aku pun boleh tanya mana yang aku tak faham. Dia open. Dan kadang-kadang aku jadi informal dengan dia. Pernah je aku cakap, "Puan, great idea but itu gila ba... ehem." Aku lupa nak kontrol bahasa aku dengan boss. Dan dia akan sambung, "Gila khinzir pon I tak kira. I nak buat jugak." Meet my boss...

Kopi
Ni aku suka boss aku. Dia minum coffee. Heavy drinker. Selalu memang ada rezki untuk aku dapat secawan cappuccino free daripada dia. Rezki aku. In fact, boss aku ni tak kedekut. Dia memang selalu belanja kitorang makan. Setiap kali meeting pon biasanya dia 'payung' breakfast. Baik kan?

Poker-face
My boss has a poker face. Dia sorokkan headphone aku sebab tak puas hati aku tak dengar bila dia panggil aku. Seminggu dia 'culik' headphone aku. Seminggu aku pujuk dia pulangkan. Dia langsung tak mengaku. Selepas seminggu baru dia pulangkan dan mengaku. Tu pun aku 'kacau' hidup dia disetiap group and personal conversation whatsapp dan keep begging dia depan pintu bilik dia. Dia memang tak mengaku dan buat muka tak bersalah. Mungkin tu cara dia tegur aku sebab guna headphone dalam opis. Tapi aku tak boleh buat kerja tak ada headphone. Terlalu banyak anasir yang menjegkelkan sekarang yang aku kena tahan diri aku. So hanyalah headphone menjadi solution yang aku ada.

Tu cerita life aku kat opis dengan bossku. Aku boleh sembang macam-macam dengan dia, kerja dan peribadi. Tapi sebaik mana pun, boss adalah boss. Aku suka cara dia walaupun ada je yang aku tak puas hati dengan dia. Biasalah kan? Aku manusia, normal pulak tu. Still, aku harap sangat aku dapat blah dari sini dan boss baruku baik macam boss aku sekarang.

Puhhh...

Fin.


Thursday, September 18, 2014

Dah tak sama

Aidilfitri 2014 Photoshoot
Dah lama tak rasa macam ni. Rasa yang 'kau-bukan-dalam-golongan-ini'.  Rasa yang setiap hari aku bercita-cita nak tukar kerja. Mungkin sebab aku dah makin dewasa. Dah makin matang. Dah makin tua. Rasa 'sensitif' makin bertambah dan 'panas' jiwa muda dah makin sejuk dan hampir membeku. Hidup. Macam ni la kan? Tak pernah puas hati. Tak tahu rasa bersyukur.

Aku cuma nak lari dari sini. Aku dah tak rasa semangat mula-mula tukar boss dulu. Masa Puan boss masuk dulu aku rasa best. Serius. Aku rasa macam bersemangat. Hari-hari pergi kerja aku rasa ada motivasi yang tinggi. Sampai satu masa aku rasa gembira masuk opis. Rasa macam 'syurga-dunia'. Tapi sekarang aku dah tak rasa semua tu. Aku tak tahu sama ada 'syurga' ini dah tak ada ahli 'syurga'nya atau aku yang memang bukan tahap ahli 'syurga' ini.

Rasa tu ada cuma dah tak sama.

Tuesday, September 2, 2014

Sana

Menara Condong Teluk Intan, 2014


Friday, June 6, 2014

Kapal terbang yang tak terbang

Ada masa-masanya hari-hari aku tak seindah biasa. Hati rasa geram, nak marah orang, kena marah dengan bos orang, kena hadap orang yang macam-macam. Penat tahu? Kadang-kadang bila aku rasa penat sangat kat opis, masa balik aku akan jadi sangat 'hyper' atau sangat diam. Sejak pindah rumah ni (dah setahun lebih) aku berulang ke opis dengan budak rumah aku yang baru - nama dia Sal. Kitorang gilir-gilir bawak kereta. 

Ok, balik pada cerita. Time balik kerja aku mesti check kereta. Biasanya ada flyers orang letak kat kereta - selit kat wiper cermin depan tu - aku memang akan ambil dan bawak masuk kereta. Tak sampai hati nak buang kat luar kereta. Nanti kat rumah baru aku cari tong sampah atau aku kumpul banyak-banyak dan buangkan kemudian. So, kali ni ada flyer pasal perodua. Eh, dia tak tahu ke aku peminat 'Pro-ton' bukan 'Pro-dua' tu sebab Kak -ton kan comel? *tak ada kaitan*

Tapi hari tu aku betul-betul rasa down. Tapi takkan nak tunjuk muka 'cencurut' aku kat budak rumah aku tu. So aku try tahan muka macam biasa. Try focus drive dengan sopan. Gelak-gelak dan kutuk semua driver kat Malaysia yang tak sehebat aku ni. Sampai traffic light - merah, tangan aku capai flyer tadi. Tangan aku pun melipat-lipat kertas jadi kapal terbang. Percubaan pertama aku gagal. Aku lupa step yang Mr.Typo ajar tu. So aku dah start give up.

Tapi kat second traffic light, aku dah ingat balik step tu. Dan, chang-chang *effect bunyi* kapal terbang kertas aku terhasil dengan gagahnya.

Sambil belek-belek dan senyum -muka puas hati- aku tanya Sal, "Awak rasa kapal terbang saya ni leh terbang tak?"

"Entah. Try lah baling..." Tak sempat Sal habiskan ayat dia, aku bukak tingkap dan lempar kapal terbang ke luar.

Dan...

Kapal terbangku tak terbang. Ia jatuh terus ke muka aspal jalan raya.

Dan...

Kereta belakang tu brake. Terkejut mungkin.

Dan...

Aku tekan minyak laju-laju sambil tutup muka. 

"Saya bet, saya dapat makian free hari ni." Ujarku sambil pandang Sal.

Sal hanya gelak-gelak.

Aku dah jadi 'penyumbang' sampah di Malaysia.*sigh*






P/s: Tu first time aku buang sampah luar kereta. Selama ini aku mengeji perbuatan itu tiba-tiba aku pula yang buat. Aku tak bangga. Aku insaf. Tu last

Thursday, June 5, 2014

Rasa

Langkah diatur kemas,
wajah yang menunduk,
larikan mata dari semua lirikan.
Sayangnya itu bukan tanda tawaduk
kalau hatimu tidak pernah qanaah.
Sedang dalam jiwa yang berzikir
hanyalah berlagukan makian.

Nah, tanyakan aku;
"Apakah kau rasa apa yang aku rasa?"
Hatimu. Kotor. Hatiku -  juga sama.
Marah? Kenapa marah?

Kerana ayatku benar, bukan?

NnAM.

Tuesday, March 25, 2014

Gurauan dan batasan

Cerita ini berlaku pagi tadi. Macam biasa aku masuk opis terus terpandang whiteboard yang memang gah berdiri sebelah meja aku yang memang akan nampak jelas ketika kaki melangkah gemalai ke meja kerjaku. 

Ini yang terpampang jelas:


Kesimpulan:

Aku gelak pada mulanya. Perkataan pertama yang keluar adalah sumpahan dan makian manja, “Mengong.”

Dan masa tu aku dah terbayang seseorang yang biasa men’dajal’ kat whiteboard tu. Dengan senang hati aku buat pertuduhan palsu. Ketika kaki aku kemas bersila atas kerusi nak menikmati sarapan mulutku ringan bertanya, “Siapa yang tulis tu?”

Dan jawapan yang aku terima agak menyakitkan hati. Tekaan aku meleset. Jauh. Tak tersangka. Perlahan aku kunyah bihun goreng sambil hati terdetik, “Oh…”

Dan imaginasi semakin meliar. Now, aku pandang dari sudut lain. Apa pandangan pertama orang yang pandang whiteboard tu?

“Jahat betul.”

“Sapa la buat ni.”

“Hahaha... Lawak lah.”

“Kesian Shaqi..”ß ini macam mustahil.

Pada pandangan 'nakal' aku pula;

“Nampak desperate pompuan ni.”

“Dah la muka macam tu. Gatal.”

“Patutlaa... tak kawen lagi.”

“Tak laku ni…”

Nampak tak telahan ‘nakal’ otak aku ni? Sebab aku berstatus single dengan sesedap hati, sesenang tangan, seenak rasa ‘orang’ itu buat lawak di whiteboard itu. Dan anehnya, aku TAK pernah nak mengutuk atau bergurau sebegitu dengan dia. Dan setiap acara ‘bahan-membahan’ di weChat group aku memang elakkan. Pada aku, aku tak suka orang kutuk aku dan kenapa aku nak kutuk orang. Kalau ‘kamu-kamu’ terbaca ini mungkin boleh check kembali segala gurauan di weChat, banyak mana kata-kata kutukan atau ‘bahan-membahan’ atau ‘gurau-bergurau’ aku. Ada? Minta kemukakan bukti. Terima kasih.

Perkara senang. Aku memang boleh dibawa bergurau. Serius bergurau. Aku pun kadang-kadang kaki ‘membahan’. Terima seadanya apabila kena ‘bahan’ tapi apabila ‘orang’ yang pantang dirinya di ‘cuit’ ‘mencuit’ pula aku yang tak pernah ‘cuit’ dia aku mula merasakan ketidak-adilan disitu. Tambahan pula aku hanya membaca tanpa membalas atau menyertai setiap perbualan di weChat group yang mana setiap gurauan daripada ‘mereka’ dibalas ‘dia’ dengan ayat pedih dan penuh ke’sentap’an yang luar biasa yang menampakkan betapa ‘dia’ tak boleh di bawa bergurau.

Ini pendapat aku;

Aku tidak ganggu hidup kamu. Malah aku tidak pernah mempedulikan kamu sebenarnya. Kamu tidak meminta maaf dan mustahil aku memaafkan kamu. Maaf perlu dipinta bukan diberi percuma. Doa orang teraniaya biasanya di dengar Allah taala. Dan aku kira aku tergolong dalam golongan orang teraniaya. Dan juga jangan tanya apa doaku kerana sekarang aku benar-benar rasa teraniaya.

Tepuk dada tanya hati. Mungkin hati kamu terlalu suci hingga segalanya boleh di bawa bergurau tanpa batasan?


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, February 21, 2014

Rasa ini

Hari ini hari Jumaat. Hari ini aku ada meeting dengan encik Programmer lagi. Still tak habis-habis lagi cerita system yang kami request tu. Jumpa untuk terangkan perkara sama berulang-ulang. Lepas tu boleh pula dia ‘sekolah’kan aku.

Macam biasa, apa yang aku boleh tepis, aku tepis. Part tak boleh lupa dia cakap aku sia-siakan pengetahuan aku.  Aku rasa nak ketawa pun ada. Siap suruh aku main coding PHP and mySQL lagi. Alahaii encik.. Encik pun pakai open source, template semua, macam saya tak tahu but as usual I show him my best fake smile ever. So, angguk-angguk konon faham. Dalam hati aku istighfar banyak-banyak.

Bila aku cakap aku nak cari kerja lain untuk guna knowledge aku tu, dia boleh pula cakap,

“Tak perlu tukar kerja, you can stay here and try doing your own system. Then we can collaborate and I will not claim your work as mine.”

Muka aku masa tu dah macam, “What?” Then I said to him, “Actually encik, I know how to do this and I understand the flow but since I can request you to do it for me why should I do that? We have OUR brilliant programmer so why bother to do your work. I am here as the end user.”

“Oh, tu maksudnya you wasted your knowledge you see. You ada bakat nak buat ni.” Masih ulang benda yang sama.

“I’m not wasting it. Saya tahu semua tu. Saya nak jadi boss. Saya tahu nak buat macam mana, saya boleh detect mana ada error, saya tahu nak contact siapa kalau ada masalah. So, here I am. I manage the system but I didn’t build it. Itu kerja programmer.” Aku jawab sambil senyum.

Dan dia balas kata aku takut nak hadapi kesusahan. Dia cakap aku kena berani untuk hadapi failure dan kena usaha untuk ubah value aku sekarang. Adoii aii.. So what aku jadi librarian? Rugi sangat ke aku jadi librarian? Aku jadi librarian pun tengok lah unit aku apa pula kan? Ending nya aku hanya senyum dan sambil aku angguk, “Thanks encik. I really appreciate it. Tapi saya tak hebat nak jadi programmer dan saya suka kerja saya sekarang.”

Cerita ini belum habis lagi. Bila aku nak melangkah keluar daripada office orang-orang hebat itu, salah seorang cik programmer yang buat system library (another system) tahan aku. Sambil sembang-sembang, dia temankan aku ke lif. Tetiba dia bukak cerita. Sebelum ini aku memang ada buatkan satu simple system untuk kegunaan seorang staff purchasing.

Sebenarnya bukan hebat pon system cikai aku tu, hanyalah tempat simpan data untuk dia retrieve kemudiannya. Memang lah data itu private but data tu memang aku tak reveal pada orang pun. In fact aku just merge data-data tu dalam database. As simple as that. Sekarang ni, ITIC kena buat satu system yang lagi hebat untuk data storage mereka.

Dan ada seorang programmer ni, yang aku tak tahu namanya, yang kena buat system untuk Purchasing Department tiba-tiba sentap sebab ada campur tangan Library buat system untuk Purchasing. Adoii aiii. Lepas tu dia sibuk nak argue dengan private & confidential issue pula. Okay. Ini gua pening. Dan daripada apa yang aku dengar daripada kawan programmer aku tu, dia ada buat statement, “Library buat lah kalau macam ni.” Nampak tak kat situ? Tercabar ke apa? Dia kan orang hebat, nak banding dengan system cikai aku tu apa lah sangat?

Terus mood aku down gila-gila. Sepanjang perjalanan balik ke opis aku cuba pujuk hati. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Nak marah, tapi kenapa? Nak sedih, sedih ke masalahnya? Geram? Sakit hati? Aku tak tahu nak kategorikan rasaku itu. Sampai dalam office terus aku bersandar tepi meja Mi-chan. Duduk dan mata berair. Terus aku mengadu kat Mi-chan. Dalam hati masa tu harap sangat nak mengadu kat Mr.Typo. Siyes rasa macam poyo lak. Tapi at least kalau dapat tengok muka dia kejap, leh la lega hati ini. *ini gedik*

Lepas sesi meluahkan rasa kat Mi-chan, aku keluar lunch dengan dak-dak opis. Dah reda sikit rasa pelik itu aku text kat Mr.Typo wish solat Jumaat. Guess what? Dia ada kat Shah Alam dan dia tanya nak makan Burger King ke tak. Kalau ikut hati aku memang tak nak susahkan dia tapi aku rasa aku kena tengok juga dia hari ini. So, dengan tak malunya aku cakap ok. Dia hantar satu set burger kat depan guard tadi. So sweet... Dapatlah jumpa dia kejap, walau tak sampai 5 minit aku rasa mood aku dah okay bila nampak muka dia. Handsome as usual.  Emmm… 

Air je yang tinggal. Yang lain dah selamat dalam perut.


P/s: Nampak tak kimia kita kat situ, awak? Thanks luv.


Rasa ini. Fin

Thursday, February 20, 2014

Somban most wanted, yaw!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Warning. Ini entry yang agak panjang dan agak gedik.

CNY dah lama berakhir tapi aku still semangat nak update 'kenangan' masa bercuti itu. Sebenarnya masa cuti CNY aku yang lama sangat tu, kami - satu family menghadiri kenduri di Seremban. Bapa saudara babah aku punya anak perempuan kahwin. Sepupu babah aku kahwin. Sepupu babah aku tu sama umur dengan aku. Hahaha.. Ok.. Cerita dia, dah berada di Seremban tu, apalagi.. Gunalah semua kesempatan yang ada. Inilah masanya nak 'kenal'kan Mr.Typo kepada family tercinta. So, dari Bahau, my Mr.Typo datanglah ke Seremban.

Dia bawak maknya. Mula-mula, aku cuma cadangkan dia jumpa parents aku dulu, lepas tu baru aku jumpa parents dia tapi entah macam mana selepas berbincang, ber-nervous tak tentu pasal, parents kami pun sama-sama bersetuju nak jumpa. So pendek cerita, jumpalah.. Lega.. Walaupun itu hanya perjumpaan tak rasmi, tak ada apa-apa cuma perjumpaan biasa, aku tetap happy. Ye lah, parents aku kenal dia dan mak dia. Dia dan mak dia kenal family aku. Si budak busuk dan isterinya pun ada sama. Jumpalah akhirnya adik aku tu dengan Mr.Typo yang dia nak sangat jumpa tu... Hahaha...

Conclusion dia, positif. Alhamdulillah... Family aku boleh terima dia dan dia cakap mak dia pun sama, boleh terima aku...

Okay, dua minggu kemudian,

Sekali lagi aku ke Seremban. Kali ini aku menggedik mengikut Mr.Typo pergi ambil phone dia di Samsung Center Seremban. Boleh jalan-jalan. This time 'date' kami agak panjang sikit. Pagi aku drive ke Cheras - tanpa sesat - sila kagum, sampai dalam 10++ am kami gerak ke Seremban. Macam biasalah, kalau dah lama dalam kereta, haruslah selfie. Gedik kan?

Peace yaw! - front camera Samsung
Dah sampai di Seremban, ambil phone dia kat Samsung Center tu dan kami terus ke Ulu Bendul. Tengok je air terjun tu dan sempatlah snap sekeping dua gambar. 

Nampak tak tablet yang hebat sangat tu - main camera Lenovo

Senyum - front camera Lenovo

Lepas tu kami ke mall apa entah namanya kat Seremban 2. Sesudah solat zuhur, Mr.Typo cakap dia nampak ada saloon tepi surau tu. Sebab dia asyik tak puas hati dengan pesen rambut panjang dia tu, padahal aku tengok okay je rambut belah tengah dia tu, aku tanya dia nak potong ke tak. Sudahnya kami melangkah dengan gembira ke saloon tu. Sambil tunggu dia potong rambut, sempat lagi selfie dan ambil gambar dia banyak-banyak. Tapi... Gambar tu banyak dalam phone dia sebab masa tu aku yang pegang phone dia tu.

Nak rambut macam Farid Kamil katanye - front camera Acer saya

The best part about him adalah dia tak kisah pun aku nak main handset dia. Slumber je dia bagi aku reply text kawan dia sebab dia drive. Rasa nak men-dajal je dengan phone dia tu, tapi aku rasa macam melampau pula. Lepas potong rambut kami makan kat Pizza. Sesudah makan kami pusing-pusing mall cari seluar jeans dia. Dah gaduh-gaduh manja gituw *ini gedik*, akhirnya dia beli juga sehelai jeans warna biru muda. Kemudian kami pulang sesudah solat asar setelah berjanji akan berjumpa next 2 weeks. (T.T)



Style rambut baru - Lenovo
Fin.

P/s: Dua minggu, huh.. *sigh*

Tuesday, February 4, 2014

Muka surat 143 ada nota 'cinta'

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...

Segala puji hanya bagi Allah...

Aku baru je baca entry blog dia yang ada password tu. Dan macam biasa air mata terlalu cepat mengalir. Terharu. Rasa disayangi. Sebagaimana cepat dia menyukai kepada orang yang menghargai dia, aku juga sama. Bagaimana kita tak suka kepada orang yang meghargai kita?

Awak,
Saya sangat berterima kasih sebab awak sudi terima saya seadanya. Tiada yang istimewa yang ada pada saya, saya hanyalah seorang perempuan biasa yang cepat terharu dengan perkara yang remeh. Saya jenis senang jatuh sayang dengan orang yang baik dengan saya. Dan saya juga mengambil masa yang panjang untuk pujuk hati sendiri agar berputus asa dengan sebarang kesedihan dan penolakan. Sampai satu masa, saya jadi pasrah. Saya redha dengan ketentuan Yang Maha Mengetahui.

Dalam hidup saya ini, saya terlalu banyak mengharap dan kecewa menjadikan saya belajar untuk terima apa sahaja seadanya. Saya tak perlukan orang sempurna di mata orang lain, yang saya mahukan cukuplah dia sempurna di mata dan hati saya. Mungkin perkenalan kita terlalu singkat untuk 'rasa' ini, tetapi mungkin adanya 'sesuatu' antara kita yang menjadikan saya terlalu cepat menyayangi awak.

Sekiranya memang ada jodoh kita, saya percaya inilah ketentuan-Nya. Sekiranya tiada jodoh kita, saya harap kita sama-sama redha dengan kehendak-Nya. Saya akan pergi jauh dari hidup awak dan tak akan pernah saya salahkan awak. Sebaliknya saya berterima kasih kerana awak ada dalam sejarah hidup saya. Saya juga bersyukur kerana Dia beri saya kesempatan untuk mengenali awak dan menyayangi awak.

Tetapi.. Sekarang saya sangat berharap, awak adalah Imam yang memang dah tertulis untuk saya jadi makmumnya...

P/s: Awak kena praktis sebut nama saya betul-betul.. Tak de la tersasul kalau kita ada jodoh nanti..hahaha.. Sorry, Mr.Typo.. Saya still tak nak reveal nama awak kat sini..

Saya sangat suka gambar awak ni