Sunday, March 14, 2010
The Pictures
Ni gambar-gambar masa gi sungai gabai. Banyak.. Tapi ni yang dah di tapis-tapis oleh aku. Hehehe..Yang terlepas tu sori eh...
Friday, March 12, 2010
Anehnya!
Aku seorang manusia biasa yang penuh dengan khilaf.
Saat aku berbicara biasanya sudah terlambat aku menyedari yang aku menyakiti hati si teman.
Saat aku ingin memohon maaf, kata-kata yang keluar kedengaran seperti tidak ikhlas.
Gagal menunjukkan ekspresi wajahku menyebabkan si teman tersalah tafsir.
Aku bukan siapa-siapa.
Hanya cuba untuk menjadi yang terbaik di mata orang-orang tersayang.
Kadang-kadang aku menjadi obses dengan sesuatu yang sangat biasa.
Kadang-kadang aku menjadi lalai dengan perasaan obsesku.
Adakalanya malas menuturkan kata-kata.
Diam menjadi sahabatku.
Menyukai kedinginan.
Menyintai kesempurnaan walaupun aku bukan orang sempurna.
Cantik itu bukan aku.
Jelita juga bukan.
Comel jauh sekali.
Mudah tersentuh dengan kejian.
Mudah bahagia dengan pujian.
Sukar membenci tetapi jika aku membenci, aku adalah sangat membencikan.
Aku itu akulah.
Tiada yang aneh.
Hanya aku.
Anehnya~tamat
Thursday, March 11, 2010
Tak ada apa-apa!
Ce La Ka...
aKu raSa Marah SekaRang...
MemanG akU maRah!!!
SeTan Hitam GonDoL...
Pegi Mampos la ko...
B*tcH!
WeiRd...
Ko Peduli apa Setan?
JanGan Kaco iDup aKu boleh?
Okay...Okay...
Aku sengaja...
Tak tuju kat sape2 ok...
Ni hanyalah sesaja nak menyumpah...
opps....
Menumpang, tertumpang...

Aku sebenarnya malas nak fikir....
Tapi asyik terfikir juga....
Kadang-kadang aku rasa aku dah jadi orang yang menyusahkan....
Ingat seronok ke? Ermm...
Walaupun ada masanya aku rasa aku memang tak-guna-punya orang....
Terasa macam orang terpaksa kawan dengan aku....
Aku gelak, buat lawak....
Tapi,
aku rasa kosong....
Rasa nak lari....
Tapi tak tau aku nak lari daripada apa?
Aku diam tapi mulut ni asyik berkata-kata....
Walaupun orang cakap, "tak ada apa-apa lah..."
Aku rasa perit kat hati....
Pedih...
Perkataan yang biasa dalam hati aku...
"Entah!"
Menumpang, tertumpang...
Aku kah?
Anaqi... off!
Monday, March 1, 2010
Dah Potong!

Akhirnya aku potong rambut aku...
Dah beberapa tahun aku tak nampak muka aku berambut pendek...
Comel pada mulanya...
Lepas tu aku dah nampak muka aku tak comel dah...
Sedikit menyesal...
Aku tau, aku sayang rambut aku...
Perpisahan dengannya membuatkan aku terdiam bila depan cermin...
Aku cuba tersenyum...
Tapi aku hanya nampak mukaku yang dah lain...
Aku rasa aku merinduinya...
Adeh....
Saturday, February 27, 2010
Sg. Gabai
"Shaqi, hari Jumaat ni jom gi Sg. Gabai." Ajak Eila.
"Apa? Sg. Gaban?" Tanya aku lak.
"Ish...Bukan Gaban, Gabai la..." Jawab akak lak.
"O...Ok..." Balas aku.
So hari Jumaat kitorang berseronok-seronok kat Sg. Gabai. Eh, ada air terjun sekali. Aku nak upload gambar kitorang, tapi aku berambut percuma lak... Hahaha... Tengok la, pas edit gambar nanti leh la upload... huhuhu...
Tapi ni ada sekeping terlepas. Batu yang aku susun sambil berendam dalam air.
Nama dia: "Batu Susun"
Sg. Gabai to be continued...
Wednesday, February 24, 2010
Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Sumber:
Info Rabiul Awal & Maulidur Rasul 1425 at http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/maulud.htm
Tuesday, February 23, 2010
Sorry, I am a Gay!

Ermm...
Aku sangat malu bila orang pandang aku,
Tiap kali diorang renung aku, mesti aku gelabah...
Tak kisah la, lelaki ke perempuan...
Tapi,
aku sangat suka tengok orang...
Lelaki ensem terutamanya...
Selalunya kalau ada orang perempuan pandang aku lama-lama...
Paling hebat pun aku kenyit mata...
Hahaha...
Bila dia tunduk, aku cakap...
"Sorry, saya tak berminat dengan perempuan. I'm gay!"
Tu lah...
Kalau lelaki pandang pulak, aku tunduk jer...
Takut cair lak...
Mana la tau kan nanti aku cakap...
"Jom couple..."
Hahaha...
So,
sekarang aku sedang melihat-lihat...
Walaupun bosan...
Aku tetap pandang-pandang...
Mamat-mamat ensem terutamanya...
Siyes, aku memang dah senget...
Macam desperate lak...
Hahaha...
Ada sesiapa yang ensem suka aku yang...
itam,
pendek,
gemuk ni...
tapi aku mungkin ada hati yang sangat setia pada yang satu...
Tak percaya?
Cubalah...
Sorry, I am a Gay end~
Monday, February 22, 2010
Mem-promote blog baru

Huhuhu... Akhirnya aku dah siapkan 'Cinta Materialistik?' yang sudah lama tersimpan dalam hard disk lappy aku ni. Then, sekarang aku telah meng-upload semua hasil karya (karya ke?) aku dalam http://kisahcintaanaqi.blogspot.com. Sangat gembira walaupun hasilnya tak seberapa sebab hampir semua idea page, cover dan cerita tu sendiri adalah hasil 'kerastangan' aku ni sendiri. Anyway, pada mulanya aku nak mencapap buat muka sendiri jadi cover, tapi tiba-tiba aku teringat yang aku ni seorang pemalu. Pemalu la?! Hahahaha...
Then, pada sesiapa yang rajin nak baca idea aku yang tak seberapa tu, silalah melawat blog tersebut. Hahaha...
Mem-promote blog baru tamat~
Thursday, February 18, 2010
Satu Cerita
Aku ada satu cerita pasal housemate aku. Dia ada sedikit masalah. Dia adalah seorang pembunuh yang kejam. Diulang, PEMBUNUH!
Baik lah, jangan cepat menuduh, dia adalah pembunuh tegar lipas. Ya, dia sangat anti lipas! Hampir tiap-tiap malam dia akan membunuh lipas yang berani tersenyum 'manja' padanya.
Setiap malam akan kedengaran lah jeritan, "Aaaa..." lepas tu akan diikuti dengan jeritan "Nah, amek ko! Berani ko takutkan aku?" Sambil kedengaran juga batang penyapu yang menghentak lipas berkenaan.
Dan yang paling pelik adalah, lipas-lipas tu hanya mengganggu housemate aku yang seorang tu. Housemate aku yang lain pun tak faham kenapa dia je yang perlu menghadapi masalah dengan lipas tu. Lipas-lipas yang ditemuinya bukan sahaja di dalam toilet, tetapi juga di dalam dan luar bilik beliau. Kesian housemate aku tu kan?
Pernah housemate aku tu termimpi-mimpi makan sup yang ada lipas. Dan pada paginya, dia telah berjaya membunuh seekor lagi lipas! Nampaknya dia memang betul-betul berjodohan dengan lipas! Hahaha...
Tetapi sekarang dalam bilik housemate aku tu dah ada spray racun serangga (hahaha...tanak sebut jenama sebab dia tak taja pulak blog aku ni!) yang membolehkan beliau meneruskan kegiatannya membunuh lipas dengan lebih bergaya. Erm... Okay lah... Tanak menipu lagi, housemate aku tu sebilik dengan aku, dan aku seorang sahaja yang duduk dalam bilik tu! Hahaha...

Satu Cerita~tamat!
Subscribe to:
Posts (Atom)







