Aku ada satu cerita pasal housemate aku. Dia ada sedikit masalah. Dia adalah seorang pembunuh yang kejam. Diulang, PEMBUNUH!
Baik lah, jangan cepat menuduh, dia adalah pembunuh tegar lipas. Ya, dia sangat anti lipas! Hampir tiap-tiap malam dia akan membunuh lipas yang berani tersenyum 'manja' padanya.
Setiap malam akan kedengaran lah jeritan, "Aaaa..." lepas tu akan diikuti dengan jeritan "Nah, amek ko! Berani ko takutkan aku?" Sambil kedengaran juga batang penyapu yang menghentak lipas berkenaan.
Dan yang paling pelik adalah, lipas-lipas tu hanya mengganggu housemate aku yang seorang tu. Housemate aku yang lain pun tak faham kenapa dia je yang perlu menghadapi masalah dengan lipas tu. Lipas-lipas yang ditemuinya bukan sahaja di dalam toilet, tetapi juga di dalam dan luar bilik beliau. Kesian housemate aku tu kan?
Pernah housemate aku tu termimpi-mimpi makan sup yang ada lipas. Dan pada paginya, dia telah berjaya membunuh seekor lagi lipas! Nampaknya dia memang betul-betul berjodohan dengan lipas! Hahaha...
Tetapi sekarang dalam bilik housemate aku tu dah ada spray racun serangga (hahaha...tanak sebut jenama sebab dia tak taja pulak blog aku ni!) yang membolehkan beliau meneruskan kegiatannya membunuh lipas dengan lebih bergaya. Erm... Okay lah... Tanak menipu lagi, housemate aku tu sebilik dengan aku, dan aku seorang sahaja yang duduk dalam bilik tu! Hahaha...
Satu Cerita~tamat!
No comments:
Post a Comment