Thursday, September 24, 2009

Chapter 3: Love is confusing


His side: She is weird!

Weird! Itulah perkataan yang sesuai nak menggambarkan Ash. Aku tak faham betul dengan minah yang seorang ni. Dia kelihatan sombong pada mulanya tetapi persahabatan yang aku hulurkan disambut dengan baik. Memang pada mulanya aku sengaja nak ‘test power’. Tetapi tak sangka persahabatan ni sudah menjadi sangat rapat.

Ash, dia bukanlah cantik sangat. Mungkin adalah manisnya, perempuan. Dia agak nakal, sukar nak kawal dia sebab dia pakai otak dia aje. Dia spesis yang banyak cakap. Kadang-kadang tak terlayan mendengar ceritanya. Ada masa dia macam budak-budak, ada masanya juga dia kelihatan matured. Dia sangat suka mengambil gambar dan meng-edit gambar. Rajin betul! Jarang berjumpa dengannya tetapi aku selalu terasa dia ada dekat denganku. Mungkin sebab dia rajin menghantar SMS dan adakalanya kami berbual di phone.

Tetapi kejadian hari ini memang agak mengejutkan aku. Berani betul dia! Ada ke patut slumber je pegang tangan aku. Kalau selama ini, dia lah paling mengelak kalau aku nak sentuh dia. My heart beats fast when she told me that she in love with me! Somehow she became unpredictable. Aku pun dah jadi confused dibuatnya. Kenapa aku rasa dia macam betul-betul meluahkan perasaannya? Matanya yang tepat merenung ke mataku seolah-olah dia benar-benar maksudkannya. Is she the real actress or what?

Handphone di tanganku tiba-tiba berbunyi. Ada message baru daripada dia.

‘Adhi, r u still mad at me?’ SMS itu ku tenung. Sebenarnya aku bukanlah marah, I’m just shocked! Tak sangka dia berani bergurau sebegitu.

‘I’m sorry ok?’ kali ni SMS kedua darinya ku terima. Ish, aku pun tidak tahu nak reply ke tidak SMS dia ni.

‘It’s ok’ Akhirnya aku membalas SMSnya. Tiba-tiba handphone ku berdering. Panggilan masuk daripada dia.

“Hello,Assalamualaikum...” suara Ash kedengaran.

“Wa’alaikumussalam...” jawabku. Kucuba mengawal suara agar kedengaran biasa.

“Tak tidur lagi ke bro?” tanyanya.

“Belum. Awal lagi kot. Kau kat ne?” Adeh, terasa bodoh pula soalanku itu. Mesti lah dia di rumahnya. Malam-malam macam ni mana mungkin dia keluar rumah. Aku mengetap bibir.

“Hehehe..Kat umah le bro.Malam-malam ni nak keluar ke mana?” tanyanya kembali.

“Mana la tau... Err..Ash, keluar jap nak. Aku amik ko kat umah. Esok aku dah nak gerak.” Aku rasa dia faham yang aku akan ke Johor esok.

“Emm... Macam dah lewat ni, parents aku pun dah nak masuk tidur tu.” Balasnya.

“Kejap je...” Aku masih berharap. Its time to pay back! Ada idea nakal bermain di otak geliga aku ni!

“Ok. Kejap je tau! Aku tunggu kat taman. Lepak situ la, dekat dengan rumah aku” Dia memberi cadangan.

”Set!” Balasku. Hehehe...jaga kau Ash!

His side: Pay back time!

Aku sampai di taman mainan tempat biasa kami melepak tepat 10.30 malam. Kelihatan dia memakai sweater birunya. Dia menghampiri keretaku yang aku parking di tepi jalan berhampiran taman mainan itu. Dan dia tak pakai tudung. Ish, bertuah budak ni...

”Ai, lawa rambut.” Aku menegur. Jarang aku dapat melihat auratnya itu. Tapi mungkin malam ni gelap, dia berani menunjukkan rambutnya itu.

”Hehehe...Malam-malam ni, mana ada orang nampak. Kau pun bukan nampak rambut aku kan?” Ujarnya sambil menarik ’hood’ sweaternya untuk menutup rambutnya.

”Apa kau ingat aku buta?” Balasku. Cute gak minah ni. Hehehe...

”Rileks la... Aku bukan alim sangat la...” Ermm...betul la tu. Minah ni kepala dia bukan betul sangat.

“Ha... Apa hal kau nak jumpa aku sangat ni? Kalau pasal tadi, I’m really sorry!” Ujarnya. Kelihatan dia memerhati keadaan sekeliling. Mungkin bimbang berdua-duaan denganku. Aku hanya tersenyum dan aku pasti dia tidak nampak akan senyuman aku ini!

”Ash...” Panggilku. Tanpa mendengar sahutannya, aku menarik tangannya dengan pantas dan menyandarkan tubuhnya pada pintu keretaku. Merapati tubuhku dengannya. Terasa nafasnya di pipiku.

”Oi... Apa ni Adhi? Tak baik la...Lepas lah...” Kedengaran suaranya separuh menjerit. Aku menutup mulutnya dengan tanganku. Sebelah tangan lagi erat memeluk pinggangnya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

”Listen to me. I will not hurt you. Just listen!” Suaraku lembut, separuh berbisik.

“Ash, deeply in my heart is only you. I’m crazy over you. I keep thinking about you and I want to make you mine” Ujarku. Pipinya ku sentuh lembut. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat matanya yang merenung tajam ke dalam mataku. Aku melonggarkan pelukanku di pinggangnya. Dia tidak lagi meronta. Aku merapatkan wajahku dengan wajahnya. Aku terus merenungnya.

Perlahan-lahan aku cuba merapatkan bibirku dengan bibirnya. Aneh, dia tak mengelak. Aku pula yang terasa cuak sama ada hendak meneruskan lakonanku kali ini. She closed her eyes! Damn, don’t be like this Ash or I can’t stop...

“Gotcha!” Satu jentikan di dahinya mengejutkan dia. Dia membuka matanya. Aku melepaskan tubuhnya sambil ketawa terbahak-bahak. Dalam kegelapan malam itu, aku nampak dia terpinga-pinga. Terkejut, barangkali.

“That is the pay back for what happen before…” Ujarku.

“So, Zero-Zero” Sambungku lagi.

“Adhi, how dare you!” Terasa ada getaran pada suaranya. Is she crying?

Dia berlari pulang menuju ke rumahnya. Meninggalkan aku yang tersandar di pintu kereta. Malam itu aku tidak dapat menghubungi handphonenya. Salah kah aku?

All I ever did was look up to you
And if all I ever did was let, let you down
Ain't nothing stopping me now

Was it everything you hoped for?
Was it all of that and more?
Too much too soon?
Or too good to be true?
Was it everything you hoped for?
Was it all of that and more?

Her side: Thank you for hurting me!

Damn it! Seriously, aku tidak tahu mana nak letak muka aku ni. Apa yang terjadi malam tadi sangat-sangat memalukan aku. Sepatutnya aku dah tahu permainan dia. Mustahil untuk dia jatuh cinta pada aku. Kenapalah aku tak sedar diri sangat ni?Bangun pagi tadi aku harap apa yang terjadi hanya mimpi. Everything gonna be fine. Nothing to worry, Ash! Malam ini aku akan pulang ke Puncak Perdana, perkara malam tadi sepatutnya aku lupakan. Just forget it!

Selepas bersarapan aku mengemas barang-barang untuk pulang ke Puncak Perdana malam nanti. Adhi mesti dah berlepas ke Johor. Aku tidak akan berjumpa dengan dia sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini. Aku betul-betul tidak sangka dia seberani itu. Handphoneku sengaja aku matikan dari semalam. Sampai saat ini aku masih tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana terlalu lemah malam tadi. I’m out of my mind last night.

Kejadian malam tadi masih segar diingatanku...

Selepas mematikan panggilan telefon, aku menyarungkan sweater biruku. Perlahan-lahan aku keluar dari rumah, setakat nak ke taman permainan sebelah rumahku itu, aku rasa tidak perlulah aku memberitahu parentsku. Aku pun sudah biasa sangat melepak bersama adikku di taman itu pada waktu malam cuma pada malam ini aku berseorangan memandangkan adikku sudah berada di UiTM Puncak Perdana menyambung pelajarannya. Tambahan pula, Adhi akan menemaniku nanti.

Di taman permainan, aku menghayunkan buaian. Sambil menyanyi-nyanyi kecil aku memikirkan ayat apa yang sesuai untuk meminta maaf pada Adhi. Perbuatanku petang tadi mungkin membuatnya keliru. Perlukah aku berterus terang? Tell him what I feel towards him. Should I? Sedang aku merangka ayat, aku ternampak Satria Neo kepunyaan Adhi. Sambil mengemaskan rambutku, aku tersenyum. Mesti Adhi tegur aku tak pakai tudung malam ni. Hehehe… Malam, mana ada orang nampak, lagipun aku pakai sweater yang ada ‘hood’, nanti bolehlah aku menutup rambutku ini. Sambil itu aku menapak ke arah keretanya.

”Ai, lawa rambut.” ayat pertamanya yang sudah aku duga ketika aku menghampirinya. Aku ketawa dalam hati. Dah agak dah…

Tetapi, perbuatannya menarik aku dan memelukku betul-betul mengejutkan aku. Does he feel the same way?

“Ash, deeply in my heart is only you. I’m crazy over you. I keep thinking about you and I want to make you mine” ayatnya itu menyebabkan aku terasa jantungku bergerak dengan kelajuan paling maximum. Aku terpana dengan ayat dia itu. Eh mamat ni, biar betul? Entah kenapa aku hanya membiarkan dia menyentuh pipiku, dan ketika itu aku memejamkan mata dan berharap ini bukan mimpi. Terasa nafasnya di wajahku.

Tiba-tiba, ”Gotcha” Aduh, pedihnya dahiku. Ketika aku membuka mataku, aku nampak mata sepetnya itu makin mengecil. Tubuhku dilepaskan dan dia tergelak besar. Damn it! Aku dah terkena rupanya!

“Adhi, how dare you!” Itulah ayat yang terkeluar dari bibirku. Entah kenapa, air mataku terasa murah ketika itu. Suaraku kedengaran seperti orang menangis, dan sememangnya aku menangis saat itu. Tanpa memandangnya aku berlari pulang ke rumah. Di bilikku, aku menangis sendirian. Malu, marah, tak puas hati, kecil hati pun ada juga. Seronokkah dia bermain dengan perasaanku seperti itu? I hate him...

Handphoneku yang berbunyi saat itu ku biarkan. Akhirnya aku mematikan handphone itu. Akhirnya aku tertidur dengan air mata yang menemani lenaku. Dengan penyesalan yang tidak terhingga...

Thank you for hurting me.

Her side: Just leave me alone

Aku menarik Sony Ericsson K770i ku di atas meja. Menghidupkannya kembali. Berderet SMS yang ku terima. Daripada Adhi tentunya.

‘I’m sorry’

‘Please Ash, it just a pay back!’

‘I’m REALLY sorry’

‘If u wants to beat me, fine! Jst say that u 4give me’

‘I will do everything for u 2 4give me!’

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Panggilan masuk dari Adhi. Aku masih berbelah bahagi sama ada mahu menjawab panggilan daripadanya atau tidak. Lagu Maroon 5, Won’t Go Home Without You aku biarkan. Membiarkan panggilannya, itulah yang terbaik sementara ini. Aku benar-benar malas nak mendengar suaranya. Malu sebenarnya. Selepas tiga Missed Call, Adhi menghantar message pula.

‘I knw u don’t wnt 2 pick up d phne. But I really need 2 talk with u, please Ash. I beg u’

Sesungguhnya aku benar-benar tidak bersemangat hendak mendengar suaranya atau membalas SMSnya. Biarkan…

2 comments:

Anonymous said...

ble lg nk sambung....

anaQi said...

hehe..citernye masih berjalan...sabar...