Her side: I’m sorry, good bye…
Kad undangan perkahwinan berwarna purple lembut itu aku tenung. Air mataku mengalir laju. Aku teresak-esak. Kerjaku di pejabat seharian ini bertangguh. Salah, memang salah mencampur-adukkan hal peribadi dengan kerja tetapi aku tidak mampu mengawalnya. Tepat jam 5 petang aku meninggalkan office tempat aku bekerja.
Myvi merah kesayanganku kupandu perlahan. Mencari tempat yang sesuai untuk merawat duka di hati. Akhirnya aku berhenti di tepi tasik Shah Alam. Mungkin di sini aku bakal bertemu kedamaian. Aku menyusuri tepi tasik itu dengan perasaan yang bercampur baur. Ash, kau sepatutnya redha. Terimalah kenyataan… Jodoh kau bukan dengan Adhi.
Terbayang saat pertemuan kali terakhir dengan Adhi. Adhi tersenyum bahagia ketika menghulurkan kad walimatulurusnya padaku petang semalam. Dia dan Anis sedang membuat persediaan perkahwinan mereka. Sempat aku mengusik Anis yang juga kelihatan bahagia. Sekali lagi, aku memang pelakon terhebat!
”Wah, berseri-seri bakal pengantin kita...” pujiku. Sebenarnya memang wajah Anis kelihatan berseri-seri. Bahagia, mungkin. Dalam hatiku ketika itu aku menangis.
”Nanti kau jangan lupa datang majlis kitorang tau...” jemput Adhi.
”Insya Allah...” balasku.
”Okay, nak gerak dah ni. Ada barang lagi nak cari. Wei, Ash jangan lupa hadiah kahwin aku ye?” pesannya sebelum dia meninggalkan ku petang itu. Anis menyalamiku, ”Terima kasih...” ujarnya. Aku termanggu, kenapa perlu dia berterima kasih padaku? Aku hanya mampu menghadiahkan sekuntum senyuman padanya.
Lamunanku terhenti. Suasana petang di tepi tasik agak riuh dengan suara kanak-kanak menganggu lamunanku. Argh, bestnya jadi budak-budak. Desisku dalam hatiku. Aku cuba bertenang. Mana mungkin aku menangis di khalayak ramai ketika ini. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menonton wayang. Berseorangan. Aku benar-benar tidak mahu berkongsi perasaanku ketika ini dengan sesiapa. Yang penting aku perlu memulihkan perasaanku ini.
Aku memandu terus ke Bukit Raja, Klang. Memasuki pawagam dengan perasaan kosong. Aku telah memilih cerita yang sedang hangat di tayangkan pada saat itu, Papadom. Secara jujurnya aku hanya membazirkan wangku sahaja. Sedikit pun jalan cerita itu tidak ku ikuti. Sepanjang jalan cerita itu aku menangis, pandanganku pada screen yang kelihatan hanyalah saat-saat aku bersama Adhi. Wajah Adhi memenuhi fikiranku ketika itu. Aku benar-benar kecewa. Kalau pun masa mampu diundur, sudah pasti aku takkan mampu untuk berbuat apa-apa. Semuanya kerana aku tidak pernah jujur dengan Adhi, tidak pernah mahu berterus-terang dan Adhi juga tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadapku. Segalanya sudah terlewat. Air mata yang mengalir dipipi ku biarkan sahaja.
Malam itu setelah pulang kerumah aku tidur dan berharap segalanya akan kembali biasa. I wish everything going back to normal as usual!
His side: My day!
Alhamdulillah, akhirnya aku telah bergelar suami kepada Anis Fariha binti Kassim. Dengan sekali lafaz akad nikah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Anis. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya.Dalam hati aku berdoa dan aku juga bersyukur dengan rahmatNya. Pagi esok majlis persandingan akan berlangsung di rumah Mak Ngah, eh silap, rumah ibu. Mak Ngah meminta aku menggelarkannya ibu, panggilan yang sama Anis gelarkan padanya. Aku bersyukur kerana aku berpeluang untuk menjadi anak sekali lagi walaupun sebagai menantu.
”Abang...” suara lembut Anis memanggilku. Aku tersenyum. Malam itu adalah malam bersejarah buat kami. Anis adalah milik mutlak diriku, tanggungjawabku. Dan malam itu menyaksikan kebahagiaan kami yang baru bermula... Happy lovey-dovey...
Esoknya...
Majlis persandingan berlangsung dengan penuh meriah. Macam-macam gaya aku gayakan untuk memenuhi permintaan photographer. Saat berada diatas pelamin mataku masih mencari kelibat seseorang. Kelibat seorang yang agak penting dalam hidupku, orang yang sentiasa bersamaku di saat aku gembira dan sedih. Tidak mahukah dia berkongsi kegembiraan bersamaku kali ini?
Secara jujurnya aku mengesan perasaan Ash padaku. Aku bukanlah bodoh untuk memahami cara dia memandangku, cara pertuturannya denganku. Namun, apakan daya saat itu hatiku ini sudah kuserahkan pada Anis. Maafkan aku, Ash. Biarlah kita terus bersahabat. Mungkin cerita ini bukan episod cinta kita. Kita memang ditakdirkan sebagai teman bukan kekasih. I am sorry. Thank you for this sweet friendship. I will always love you as my friend...Forever…
End of this love
Ash hanya memandang wajah Adhi di atas pelamin yang indah berseri. Dia tidak mampu untuk menghampiri lelaki itu. Biarlah, mungkin ini kali terakhir dia memandang Adhi begitu. Dari kejauhan dia mendoakan kebahagiaan Adhi. Biarlah cerita ini menjadi kisah cinta duka seorang gadis bernama Nur Ashia Nadia binti Hanafi. Yang pastinya dia tidak mungkin wujud dalam kamus cinta Muhammad Ilham Fadhli bin Hashim. Mungkin masa akan merawat luka cintanya itu. Dia berserah pada takdir. Akhirnya Ash melangkah keluar daripada dewan yang dihiasi indah untuk meraikan pasangan bahagia itu. Dia pasti selepas ini dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang pernah bertakhta dihatinya itu. I'm getting tired and I need somewhere to begin… Goodbye, love…
FIN

No comments:
Post a Comment