Thursday, September 24, 2009

Chapter 4: The Pain

Her side: Love is cruel

Akhir bulan puasa. Aku baru sampai ke rumah awal pagi tadi. Sepanjang tengah hari aku hanya tidur. Kurus puasa aku! Petangnya aku melepak di taman permainan sebelah rumahku itu. Aku mengayun-ayunkan buaian dengan perlahan. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam.

”Assalamualaikum...” Suara yang dah hampir tiga bulan aku tidak mendengarnya. Sejak tiga bulan lalu aku menyepikan diri. Satu SMS Adhi pun tidak ku balas. Terasa beratus sudah panggilan talefon darinya kuabaikan. Meneruskan kehidupanku di Shah Alam menjadikan aku hampir lupa kenangan aku bersama Adhi. Kecewa dengannya, mungkin.

”Waalaikumussalam” Salam wajib dijawab, lantas aku mengangkat muka. Merenung wajah yang cuba ku lupakan dalam diam. Aku cuba bangun dari buaian dan entah macam mana tiba-tiba aku hilang imbangan. Buk! Macam nangka busuk aku jatuh tergolek.

“Adoi!” Jeritku kuat. Cover malu sebenarnya. Adhi duduk mencangkung dihadapanku. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu. Jelas pada mataku dia hendak ketawa. Tak guna punya Adhi, berani gelakkan aku ya! Aku yang mati kutu tidak tahu nak buat apa cuma mampu memandang dia. Ya Allah, malunya aku...Dengan muka slumber aku renung dia balik. Berkira-kira sebentar, nak ke tak nak sambut huluran tangannya. Perlahan ku pegang lengannya. Dia tersenyum dan menarik tanganku, membantuku berdiri.

“Sakit?” Tanyanya.

“Gila kau! Mestilah sakit...” Balasku dengan muka menahan sakit. Adhi hanya senyum. Aku membalas senyumannya dan akhirnya kami sama-sama ketawa. Aku sudah tidak mampu lagi nak tanggung malu ni, mungkin ketawa boleh jadi penyelamat keadaan. Adoi, sudahlah lama tak jumpa konon-konon aku merajuk dengannya, boleh pulak bila dah jumpa jadi macam ni? Aku hanya mampu mengutuk diri sendiri.

”Dah beli baju raya?” Entah kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulut Adhi. Aku tersenyum je.

”Apa punya soalan la kau ni? Esok kan nak raya, mestilah dah...” tempelakku.

”Hahaha... Betul gak. Ko tak balik kampung ke?” tanya nya lagi.

”Tak, sebab tu lah aku ada kat depan kau sekarang ni” balasku slumber.

”Heh...”

”Kau lak, kenapa tak balik kampung?” Aku tersenyum kerana soalan aku lebih relevant daripadanya.

”Emm... Parents aku kat Sabah. Malam ni aku gi amek diorang kat airport. Nak ikut?”

” Tak kot. Nak tolong mama aku prepare masak.” Aku menolak dengan alasan yang munasabah.

”O...Ok... Raya kau masak apa je?”

”Ma aku cadang laksa penang and ada rendang sikit”

“Wah… Esok lepas sembahyang raya aku terus beraya rumah kau ye?”

“Hahaha… Dah nama pun beraya, datang je la… Tak payah la nak tanya-tanya lagi…”

“Emm…”

Perbualan kami terganggu. Deringan handphone mematikan perbualan yang kian rancak antara kami. Aku memberi laluan padanya menjawab phone. Ketika asyik memerhatikan wajah yang amat aku rindui itu, wajahnya berubah. Aku mengesan ada sesuatu pada suaranya.

”Tak... Pak Long jangan main-main. Tadi saya baru je cakap dengan mama….”

“No... Don’t lie...”

“Ya Allah...”

Adhi melutut dihadapanku. Handphone di tangannya dibiarkan jatuh. Dia memandang wajahku dengan mata yang berkaca.

“Ash... Mama... Papa aku....” dan aku tak dapat menangkap butir bicaranya. Perlahan-lahan aku merapatinya.

“Tak... Mustahil... Ni mimpikan, Ash? Kejutkan aku... Please...” Matanya sudah bergenang dengan air mata lelakinya. Aku menyentuh bahunya. Dia akhirnya menangis teresak-esak…Tak sanggup rasanya aku melihat dia begitu.

“Kenapa?” Akhirnya soalan itu yang terpacul dari mulutku.

“Papa… Mama… Diorang dah tak de…” Dia terjelupuk diatas tanah.

“Sabar, Adhi…” hanya itu yang mampu aku katakan. ”Mari... Kita masuk rumah aku dulu... Dah nak berbuka ni...”

Adhi hanya minum segelas air, sekadar membatalkan puasanya pada hari puasa terakhir itu. Pada mulanya aku bercadang menemaninya ke Sabah untuk menguruskan jenazah arwah mama dan papa Adhi tetapi bapa saudaranya memutuskan untuk menghantar kedua-dua jenazah ke Terengganu memandangkan orang tua Adhi sudah dikira bermaustautin di sini. Kedua-dua parents Adhi terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke airport. Jenazah kedua-dua orang tua Adhi sampai pada petang hari raya. Malam itu juga jenazah kedua-duanya dikebumikan.

No comments: