Thursday, February 10, 2011

Adakalanya aku begini...

Pada hakikatnya manusia memang mudah melupakan diri sendiri. Dimana duduknya, dimana dia disaat berdiri. Merasakan diri yang terhebat, mendabik dada mengatakan,

“Ah, lihatlah dunia, aku ini yang terhebat.”

Tanpa disedari masih banyak lagi yang belum di tempuhi dan yang tak tertempuh dengan keupayaan sendiri. Tiada yang pelik selagi bergelar manusia. Dosa dan pahala tak pernah nak diambil pusing. Bersikap menyetankan semua orang disaat diri dilanda musibah. Menolak ketepi segala yang sepatutnya diambil kira.

“Ah, akukan yang terhebat.”

Tetap juga meyakinkan diri bahawa dia yang terhebat. Suatu saat, Allah (s.w.t) menunjukkan kebesaran-Nya. Dia hanya menurunkan sedikit balanya; penyakit, manusia terus lemah.

Dimana pangkat yang dibangga-banggakan dulu? Dimana duit yang bertimbun-timbun dulu?
Hilang dan habis.

Dimana kawan-kawan disaat sukar ini? Dimana pengikut-pengikut yang dahulunya sanggup menjilat bunt*t dahulu?
Tiada. Tak wujud.

Nah, katakan padaku dimana kamu yang terhebat?

Suatu ingatan buatmu dan buatku juga, “Dunia ini tak selalunya indah!”


Aku tiada wang berjuta, tidak punya teman yang ramai. Tapi aku bahagia, punyai mereka yang aku percaya.

.

No comments: