Saturday, July 9, 2011

Sabtu; Hari memBERSIH?

Ketika Sabtu muncul, aku masih tak dapat lelapkan mata...

Hari Sabtu aku memBERSIHkan kereta dengan Mie-chan depan rumah. Mie-chan basuh kete dia, aku tenyeh kete aku. Wah, akhirnya Mr. Ultraman ku menjadi sangat BERSIH. Yay!!

Kunci Mr.Ulltraman
Petang dalam jam 3.00 pm aku dan Mie-chan ke tengah Shah Alam. Main make-up free kat Guardian. Hahaha... Lepas tu, Mie-chan dengar aku menyanyi kat karaoke jamban. Walaupun muka beliau tension, aku bantai je nyanyi 12 lagu... Kesian dia, aku nak lepas tension, dia lak tension dengan aku...

Dah habis menyumbangkan suara, aku beratur lah beli ice cream Mekdi. So, sekarang tangan aku dah penuh dengan wallet and ice cream. Then, masa kami menapak ke SACC nak balik, ada seorang daripada sekumpulan budak kecik lelaki tegur,

"Sweetnye..."

Aku rasa dia cakap kat aku kot... Takkan Mie-chan kan? 

*senyum malu-malu*

Wahai adik-adik (lelaki yang cute + handsome),
akak ni memang sweet sangat...
Nak no phone?

Friday, July 8, 2011

Jumaat; Penghulu hari

Walaupun hari ini hari Jumaat…

Hati yang busuk makin membusuk. Geram makin bertambah. Marah tak pernah kurang. Aneh, walaupun aku memujuk hati supaya berubah, supaya lembut tetapi sedikit pun tidak berubah sebaliknya berukar makin keras. Keras hati. Aku sedikit keliru dengan hati, adakah aku mula membenci maka aku menjadi terlalu sensitif dengan kelakuan dia. Entah mengapa tetapi aku merasakan dia seolah-olah ingin menunjuk yang dia itu wujud dan semua orang di pihaknya. Sibuk menjerit memanggil beberapa rakan sepejabat. Bercerita itu dan ini yang kononnya mengenai kerja. Aneh! Kerana selama ini aku rasa tidaklah begitu perangainya. Tapi mungkin aku yang sensitif menjadikan aku rasa dia begitu dan begini. Mungkin.

Akhirnya suaraku pecah dan sedikit menjerit aku meluahkan,
“Kecoh sial!!!”
dan tiba-tiba dia sudah tidak bersuara…

Kenapa?

Thursday, July 7, 2011

Khamis; Hati yang amarah?

Bermula dengan satu pertanyaan yang menjurus kepada hati yang terguris. Entah sejak bila aku menjadi begitu sensitif. Terasa dengan kata-kata begini,

“Saya tahu kerja saya. Tak payahlah awak nak ingatkan saya. Terima kasih.”

Aku terlalu sensitif atau tona suaranya yang mengguris hati? Petang itu aku mengadu resah pada seorang kawan, dan seorang kawan yang baik hanya berdiam diri, tidak menyimbah dengan minyak yang panas, atau menyiram dengan air yang sejuk. Sekadar mendengar. Dan sebenarnya itu yang sepatutnya kerana aku tidak memerlukan sokongan apatah lagi bantahan, aku sekadar meluahkan. Itu sahaja.

Sudah hampir tiga hari aku tidak menegurnya apatah lagi dia. Walaupun kadang-kadang aku terpandangkan dia dan hati menidakkan kewujudannya. Walaupun kadang-kadang aku mengerling dengan ekor mata, aku masih menidakkan kehadirannya. Dan dia juga mungkin sama.

Tidak pasti sampai bila. Dan hati yang jahat ini selalu sahaja mengeji dia. Selalu mengutuk dia. Selalu mencaci dia. Hanya didalam hati (er, juga di FB—kerana aku tergolong dalam golongan ‘itu’) kerana aku bimbang sekira terluah, sejuk penghawa dingin akan bertukar menjadi pendiang api. Lebih baik diam. Dan aku diam dengan caraku. Menidakkan kewujudannya. Membataskan pemandangan. Memekakkan telinga. Setakat ini itu cara aku. Dan dia mungkin sama.

Dan, anehnya, mendengar suaranya juga menjadikan aku rasa menyampah. Menjadikan aku rasa geram. Menjadikan aku marah. Sungguh teruk rasa benci ini. Wah, si bertanduk dua mungkin sedang bersorak melihat kekalahan aku pada satu sifat ini; AMARAH.


Tak tahu sampai bila. Tapi hati ini amat degil. Amat kotor. Amat jahat. Amat busuk.

Wednesday, July 6, 2011

Rabu; Hari yang sejuk

Hari ini setelah sekian lama aku terperasan waktu di taskbar komputer 4:44. Ya, setelah sekian lama! (yang menjadi kebiasaanya aku nampak ialah 11:11).

Heh, terasa ironinya seperti aku mengelap air mata masa aku menderita sakit mata dengan tisu yang aku dapat setelah menyumbang duit warna biru kepada seorang yang buta matanya.

Rasa yang begitu, yang aku tak mampu nak huraikan dengan kata-kata normal.

Apakah rasa itu?

Tuesday, July 5, 2011

Selasa; 20 JD

JD is Job Description(s)
  1. Designing and maintaining Library’s Portal (in progress)
  2. Maintaining institutional repository (in progress with Programmer)
  3. Maintaining User Profile System (internal system used by librarian only)
  4. Updating my FB status when I pissed off
  5. Maintaining library system (more on solving problem)
  6. Reading online manga whenever I get stress
  7. Cyber Café operation (To make available IT services to other divisions in the library)
  8. Ensure that media equipment are in good, functional condition and up-to-date
  9. Digitize past year exam question
  10. Designing library poster (activities, facilities, festive)
  11. Updating blog, blog walking when I need the ideas (design portal,poster etc.) 
  12. In charge in Google Talk account (new service by library)
  13. Designing festive wishes
  14. Shelve check (every morning)
  15. Writing book summary (Liaison Librarian)
  16. Library Literacy (User Education Program)
  17. Duty at Reference Desk
  18. Participate in stock taking/inventory
  19. Ensure that all objectives, services, tasks are in-line with the vision, mission, educational objectives and goals of the university
  20. Ensure that the ‘Beyond Expectation” elements are being practiced as agreed

(image from mr.google)


At the end of month I get my payment. Not a really high pay but at least I can settle my car installment, my house rent and my hand phone bill.


Now, would you please tell me dear...
Are you get envy jealous because my easy lovely relaxing task?

*heh

Monday, July 4, 2011

Isnin; Mood Baik

(perut ikan kenyang, kakiku jadi bersih, hatiku senang, Terima Kasih!)

Thursday, June 30, 2011

Bola Sepak Malam Tadi

Malam tadi masa melepak depan tv sambil makan, aku bersembang dengan Mie-chan. Tiba-tiba pemilik Chopper turun bawah ke ruang tamu.
“Weh Mo, ko tak tengok bola ke?” Tanya pemilik Chopper kepada Mie-chan.
(Nama lain Mie-chan adalah Mo or Mimo)
“Mana ada…” Mie-chan balas.
“Adalah. Kat TV1. Dah 1-0.” Beritahu pemilik Chopper.
“Tahu lak ko?” Tanya aku pada pemilik Chopper.
“Well. FB ada.” Kata pemilik Chopper sambil main i-Phone dia.
“Owh…” Balasku.
Mie-chan bukak TV. Adjust area. TV1 akhirnya ada warna. Sambil layan bola, Mie-chan jemur baju yang dah dia basuh.
Pemilik Chopper dah naik ke bilik dia. Turun pulak Tengku Rina. Si Mie-chan masih kebas-kebas baju dia. Kali pertama dia kebas, terasa angin kat muka aku. Aku diam je. Best gak malam-malam panas ni ada ‘angin tambahan’. Kali kedua dia kebas lagi sambil matanya menghala ke TV. Aku pun pandang dia. Mie-chan balas pandangan aku.
“Kena ko ke?” Dia tanya, sambil buat muka tak bersalah.
“Em. Ko tak suka aku ke?” Ujarku sedikit bergurau.
Mie-chan gelak-gelak. “Dah gol ke?” Tanya dia lagi.
“Dah 2-0.” Balas aku.
Sekali lagi Mie-chan kebas baju dia. Kali ni aku bangun.
“Aku nak naik lah.” Kataku sambil menapak ke tangga.
“Eh, tu coach dia. Sapa entah nama dia… Murugam?” Tiba-tiba tanya Tengku Rina sambil matanya ke TV.
“Banyak lah ko Murugam. Balakrishnan something-something lah nama dia.” Balasku yakin.
Aku tak pandang Mie-chan, terus lari naik tangga dan masuk bilik.
Balakrishnan kan nama dia? Dalam hati aku tiba-tiba tertanya-tanya.

dan tengah hari tadi di wall FB aku…

Wednesday, June 29, 2011

Senyum

Setelah sekian lama, saya memerhati kamu. Hanya berani memerhatikan kerana saya tak punya keberanian untuk menegur atau menyapa.

Setelah sekian lama saya berharap, hari ini saya putus harap.

Harapan yang musnah. Hancur dan akan hilang.

Semoga kamu bahagia. Saya tetap disini. Memerhatikan kamu.
Ada masa tak salah kamu berpaling dan senyum pada saya.

Kamu tahu...

"Senyum itu satu sedekah..."

Saturday, June 11, 2011

11 June 2011



Wajah berseri
cantik jelita.
Hari ini si cantik berdarah manis.
Hari ini bermula satu gelaran

...tunangan orang.




Tahniah sahabat...

Semoga bahagia milik kamu, selamanya...

Thursday, June 9, 2011

Mimpi



Pernah sekali,
ingin aku bermimipi

aku punya kamu disisi
hanya kamu dan aku...

kerana dalam realiti
pasti aku tak pernah miliki
kamu dan hatimu...

Dan mimpi itu tak pernah
menjelma dalam lenaku...





Dalam mimpi pun kamu tak sudi?