Friday, May 25, 2012

Poster yang typo

Kalau tak print lagi leh je betulkan font

Minggu membaca yang akan datang menyebabkan aku mengadap Adobe Photoshop selama 2 hari berurut-turut. Dengan tak ada idea, logo, computer wallpaper, pamphlet, poster dan flyer aku cuba siapkan dengan cepatnya. Paling malang, aku terlewat sikit dari due date yang diberikan. Aku sendiri tak tahu kenapa kali ini kerja aku sedikit kelam-kabut. Tapi aku syak sebab lama sangat nak buat logo dan aku memang dah kering idea nak buat poster. Pamphlet pun aku edit yang tahun lepas je. Flyer lagi lah, aku buat dalam 15 minit je. Copy-paste gambar pakcik google, letak title dan print.

Dalam kelam kabut tu, akhirnya siap juga dan aku serah kat Ijat untuk proses printing. Dah Ijat siap print semua, baru aku perasan, sekali salah eja 'CAMPIGN' yang sepatutnya 'CAMPAIGN' kat poster pula. Maka aku pun terpaksa menanggung kesalahan sendiri... 5 poster saiz A3 dan 5 lagi saiz A4. Okay, dengan tahan nafas aku potong kertas kuning untuk nampak lurus dan cantik tapi jadi herot-petot juga. Tak pe lah kot, kita assume it as art of edge. *Hahaha...


Acara potong-memotong
Salah yang ketara

Hasilnya
Sedia untuk di pamerkan




Sekian, laporan saya dari opis yang sejuk...


P/s : Bila ada kesalahan yang kita cuba tutup, ada dua je kemungkinan result dia;
makin cantik atau makin buruk.

9 comments:

Not claiming, but I wanted to... said...

chantek je.. <3

AnaqiHawwari said...

Thanks.. tapi simple sangat. Tak de idea.haha

Not claiming, but I wanted to... said...

nak masuk pertandingan kolaj kulit buku boley?

AnaqiHawwari said...

haha.. utk student jer~ lecturer tak boleh~ :p

Not claiming, but I wanted to... said...

kedekut~ *duduk kat tepi dinding sambil tanam candawan*
mode: tacing

Not claiming, but I wanted to... said...

*cendawan

AnaqiHawwari said...

alalala... *sambil siram cendawan dan dalam hati membayangkan sup cendawan. yummy!!*

wenkhadi said...

nasib baik x jadi camping...kalo x dah kalut budak2 MSU tu nk g beli kemah bagai

AnaqiHawwari said...

haha.. lagi kalut aku nak betulkan balik. silap ari bulan leh jadi 'bahan'...