Sunday, December 29, 2013

Saya janji?

Hey awak,

Awak share dengan saya ; don't promise me foreverRealiti Konspirasi. Mula-mula saya tengok kartun tu macam comel je. Tapi sebenarnya saya memang pernah follow blog tu cuma owner nya dah lama tak update so blognya itu saya lupakan. Masa saya baca tu, saya bayangkan awak yang 'cakap' macam tu kat saya. Perasan tak saya? Nak buek camno, den ni dah suko bona kat ekau. Hahaha. Bila awak dah warning saya siap-siap macam tu, takkan lah saya tak terasa yang awak macam suka saya juga kan? Okay. Enough perasan sengsorang.

Petang tadi masa saya melepak dengan adik saya dan wife dia, awak dan dia text saya serentak. Terkojut makcik. Saya rasa saya dah get over dengan encik itu. Saya rasa macam satu perasaan biasa bila reply text dia tu. Tak rasa sedih atau teruja macam biasa. So sekarang saya hanya ada awak je, Mr.Typo. Terima kasih sebab awak ada. Sekurang-kurangnya saya sedar, perasaan saya pada dia hanyalah ciptaan rasa kekosongan dalam hati saya. Gila tak? Walaupun awak tak terus terang perasaan sebenar awak pada saya, tapi saya rasa macam ada 'sesuatu' antara kita.

Mustahil untuk saya janji saya akan sayang awak selamanya. Tetapi kalau sudah jodoh kita, memang pasti saya akan sayangkan awak selamanya. Saya tak janji. Tapi saya pasti. Awak, terima kasih sebab layan saya dengan baik. Saya tahu, suatu masa nanti awak mungkin akan jadi sangat sibuk, tapi saya harap sangat, masa tu saya memang dah ada dalam hati awak dan awak sayang saya macam saya sayang awak. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

To Encik itu:
The heart which used to beat only for you until yesterday might turn towards someone else today. Thank you for the memories.

Belajar makan pedas

Assalamualaikum w.m.t.

2013 dah tinggal beberapa hari lagi. Saat entry ini di karang oleh aku, gaji masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan masuk ke dalam akaun. Wah. Aku dah 'kering' sangat ni. Sabar ye Shaqi. Tak lama sangat dah ni. Insya Allah, adalah tu.

Sabtu tak ada date dengan dia. Ahad pun tak ada. Tak apa lah. Kalau asyik jumpa je mungkin bosan kan? Hahaha. Mr. Typo cakap aku sekarang dah kenal dengan orang nogori, so aku kena makan pedas. Oh no!! Saya makan sos cili pun tak boleh inikan pula nak merasa masakan yang pedas-pedas.

Tapi, bila sekali sekala terfikir sampai bila aku tak nak makan pedas? So aku rasa aku boleh start belajar nak menelan kepedasan yang diwar-warkan sebagai 'nikmat hidup' tu. Saya akan berusaha makan pedas dan mugkin tandas akan jadi kawan karib saya sepanjang 'percubaan' ini.

Pedas. Pedas. Pedas.  Perutku sayang, berusahalah...

Hahaha..

Good nightMr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.



My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Thursday, December 26, 2013

Eh. Awak..!

11.45 PM

Saya masih di hadapan laptop. Memikirkan apa yang saya nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan sepejabat saya pada esok hari. Saya tahu awak dah tidur. Kesan vitamin yang awak makan tu. Comel kan? Awak makan vitamin. Saya pula minum kopi. Awak mengatuk. Mata saya tak boleh tutup.

Kawan serumah saya tegur saya nampak berisi. Bila saya tanya awak, awak cakap, 'u still slim la' tapi awak ajak saya berpuasa hari Isnin ni. Hahaha. Saya harap saya boleh puasa dengan awak Isnin ni. Bila awak cakap awak ada tinggal sehari lagi puasa nazar, saya nak tahu sangat apa yang awak nazarkan. Tapi saya tak nak awak rasa saya macam makcik kepoh, jadinya saya tak tanya. Hahaha.

Awak, saya tak tahu macam mana tapi awak dah buat saya tersenyum sendiri kadang-kadang gelak macam orang gila bila teringatkan awak. Pelik tak? Saya suka bila awak cakap, "Saya percayakan awak." Perkataan 'percaya' tu kalau awak tukarkan 'sayang' mesti lagi seronok kan? Hahaha.

Good night, Mr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.



My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Wednesday, December 25, 2013

To Mr.Typo

Warning! Ini post yang gedik.

Mr. Typo,

Agak-agak awak rasa tak apa yang saya rasa? Saya senang dengan kehadiran awak yang tiba-tiba. Walaupun saya jenis sombong tak approve orang dalam FB baru saya tu atas sebab privacy, tapi dengan awak saya rasa, "Dia  ni macam okay. So accept je lah." Dan PM saya yang pertama pun "hey, do i know u?"

Bila awak cakap awak nak serius nak kenal dengan saya, perasaan saya campur baur. Saya macam slow nak faham maksud awak. Saya pun serius jugak nak kenal awak. Saya dah stop text other guys because saya rasa nak serius dengan awak. Tapi saya tak beritahu awak pun, takut awak rasa saya mengada-ngada nak cakap saya 'hot' sangat. Hahaha.

Saya suka bila awak focus pada saya. Saya suka dengar ketawa awak. Walaupun awak selalu sangat typo tapi saya rasa sangat selesa bila berbalas text dengan awak. Saya suka bila awak text 'Good Morning' setiap pagi pada saya. Mungkin pada awak nampak macam biasa tetapi saya sangat hargai masa yang awak ambil untuk text saya tu.

Key-chain Samurai yang awak bagi tu saya letak dengan kunci kereta saya. Nampak tak yang saya sangat hargainya? Nak sentiasa ada dengan saya. *Okay, ini sangat gedik*

Mungkinkah ini jodoh? Hahaha. Saya tak tahu apa perasaan awak kepada saya. Tapi dengan awak saya rasa dihargai. Cara awak menghormati saya buatkan rasa sayang yang saya takut sangat nak tunjuk tu makin menebal.

Okay Mr.Typo, saya tahu malam ni awak tak boleh text saya, so saya merapu kat sini. Saya harap awak layan lagu One Republic pirate yang saya bagi kat awak tu. Walaupun saya macam teruk paksa awak suka yang apa yang saya suka, saya tetap nak buat juga sebab saya nak awak suka apa yang saya suka. Bolehkan?

Good night awak. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.

P/s: Walaupun ini untuk awak tapi saya tetap harap awak tak pernah jumpa blog saya ni. Malulah saya kalau awak baca ni. Okay. Bye.

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.


Monday, December 23, 2013

Dia ialah Mr.Typo

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Ya Allah, jika dia biarlah dia."

Itu doaku sejak belakangan ini. Biar aku kenalkan dia. Dia; Mr.Typo. Dia sangat comel. Dan dia tiba-tiba ada dalam hidupku. Dia sangat baik. Dia sempurna pada aku. Cukup sempurna untuk aku. Untuk kamu dan sesiapa aku tak tau. Tapi pada aku, dia sempurna.

Ucapan 'Good Morning' daripadanya dah cukup buat hatiku rasa gembira. Selama ini, hanya aku yang sibuk menghantar ucapan selamat pagi kepada orang-yang-pernah-aku-suka.  Tapi dengan dia, sebaliknya. Dengan dia aku rasa dihargai. Rasa disayangi. Mungkin dia tak tahu. Aku tak nak dia tahu. Tapi dalam hati aku ada rasa bahagia dengan dia.

Dengan dia, dia tak cabar aku tapi dia tak pernah membosankan. Katanya dia pendiam, tapi aku rasa banyak je modalnya. Kalau sembang dengan dia macam tak ada penghujung. Bersambung-sambung. Aku suka cara dia berfikir. Pendapat dia. Ayat sokongan dia. Lawak spontan dia.

Tapi aku takut. Takut kalau-kalau dia tak ada rasa yang sama. Takut kalau hanya jantung aku sahaja yang berdegup dengan dia. Takut jika dia tak rasa apa yang aku rasa. Takut jika dia pergi tanpa pedulikan aku. Takut dia biarkan sayang aku ni bagai angin lalu.

Tapi rasa sayang itu makin bercambah setiap hari mungkin tanpa dia sedari. Aku janji dengan diri sendiri takkan cakap aku sayang dia kalau dia tak mulakan dulu. Aku harap dia tak jumpa blog ni sebab lepas ni aku tahu semuanya akan cerita pasal dia. Jadi, sesiapa yang terbaca ini sila sabar atau cepat-cepat tutup. Bimbang kamu meluat dengan ayat-ayat jiwang aku nanti. Hahaha.

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

To be continue..

Saturday, December 7, 2013

Soal jodoh, jangan ditanya..

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...

Jodoh. Satu perkataan yang agak menakutkan aku beberapa hari ini. Melihat kawan baik dah ada cahaya mata sendiri, comel pula tu, menjadikan aku terasa sedikit sunyi. Merasa yang aku ragu-ragu, masihkah jodoh aku itu ada sebenarnya ataupun 'dia' sebenarnya memang ada tapi tak sempat aku jumpa 'dia' di dunia ini. 

Kadang-kadang aku rasa sedih bila orang persoalkan status single aku ni. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku ada family dan kawan-kawan sehingga aku rasa aku boleh hidup sendiri sebenarnya. Tapi bila beberapa suara asyik bertanya 'bila?', 'dah ada ke belum?', 'siapa?', 'eh tak laku ke?', 'jual mahal ni..' aku jadi kelu. Tak terkata apa-apa. Kebiasaannya aku senyum dan jawab, "Itulah, tunggu putera kayangan. Tak turun-turun lagi ni nak masuk meminang saya." Dan biasanya persoalan itu tamat, tak bersambung dan aku selamat.

Bagi aku jodoh itu ada bila tiba masanya. Kalau tak ada, aku tak boleh buat apa. Oh tak, mungkin aku boleh pergi mandi bunga. (Hahaha). Tipu pula aku katakan aku tak 'berkawan' atau tak 'berusaha'. Aku 'kawan' dengan orang-orang yang berpotensi tinggi untuk dibawa berjumpa mama dan babahku tapi hati ni rasa macam tak ada hubungan 'kimia' dengan mereka. Seolah-olah hati ini menidakkan dan kata, 'bukan dia. takkan lah dia..?'

Jadinya, aku pohon, soal jodohku jangan di tanya. InsyaAllah, kalau ada nanti kamu akan terima jemputannya.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca.