Saturday, December 7, 2013

Soal jodoh, jangan ditanya..

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...

Jodoh. Satu perkataan yang agak menakutkan aku beberapa hari ini. Melihat kawan baik dah ada cahaya mata sendiri, comel pula tu, menjadikan aku terasa sedikit sunyi. Merasa yang aku ragu-ragu, masihkah jodoh aku itu ada sebenarnya ataupun 'dia' sebenarnya memang ada tapi tak sempat aku jumpa 'dia' di dunia ini. 

Kadang-kadang aku rasa sedih bila orang persoalkan status single aku ni. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku ada family dan kawan-kawan sehingga aku rasa aku boleh hidup sendiri sebenarnya. Tapi bila beberapa suara asyik bertanya 'bila?', 'dah ada ke belum?', 'siapa?', 'eh tak laku ke?', 'jual mahal ni..' aku jadi kelu. Tak terkata apa-apa. Kebiasaannya aku senyum dan jawab, "Itulah, tunggu putera kayangan. Tak turun-turun lagi ni nak masuk meminang saya." Dan biasanya persoalan itu tamat, tak bersambung dan aku selamat.

Bagi aku jodoh itu ada bila tiba masanya. Kalau tak ada, aku tak boleh buat apa. Oh tak, mungkin aku boleh pergi mandi bunga. (Hahaha). Tipu pula aku katakan aku tak 'berkawan' atau tak 'berusaha'. Aku 'kawan' dengan orang-orang yang berpotensi tinggi untuk dibawa berjumpa mama dan babahku tapi hati ni rasa macam tak ada hubungan 'kimia' dengan mereka. Seolah-olah hati ini menidakkan dan kata, 'bukan dia. takkan lah dia..?'

Jadinya, aku pohon, soal jodohku jangan di tanya. InsyaAllah, kalau ada nanti kamu akan terima jemputannya.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca.

No comments: