Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Ya Allah, jika dia biarlah dia."
Itu doaku sejak belakangan ini. Biar aku kenalkan dia. Dia; Mr.Typo. Dia sangat comel. Dan dia tiba-tiba ada dalam hidupku. Dia sangat baik. Dia sempurna pada aku. Cukup sempurna untuk aku. Untuk kamu dan sesiapa aku tak tau. Tapi pada aku, dia sempurna.
Ucapan 'Good Morning' daripadanya dah cukup buat hatiku rasa gembira. Selama ini, hanya aku yang sibuk menghantar ucapan selamat pagi kepada orang-yang-pernah-aku-suka. Tapi dengan dia, sebaliknya. Dengan dia aku rasa dihargai. Rasa disayangi. Mungkin dia tak tahu. Aku tak nak dia tahu. Tapi dalam hati aku ada rasa bahagia dengan dia.
Dengan dia, dia tak cabar aku tapi dia tak pernah membosankan. Katanya dia pendiam, tapi aku rasa banyak je modalnya. Kalau sembang dengan dia macam tak ada penghujung. Bersambung-sambung. Aku suka cara dia berfikir. Pendapat dia. Ayat sokongan dia. Lawak spontan dia.
Tapi aku takut. Takut kalau-kalau dia tak ada rasa yang sama. Takut kalau hanya jantung aku sahaja yang berdegup dengan dia. Takut jika dia tak rasa apa yang aku rasa. Takut jika dia pergi tanpa pedulikan aku. Takut dia biarkan sayang aku ni bagai angin lalu.
Tapi rasa sayang itu makin bercambah setiap hari mungkin tanpa dia sedari. Aku janji dengan diri sendiri takkan cakap aku sayang dia kalau dia tak mulakan dulu. Aku harap dia tak jumpa blog ni sebab lepas ni aku tahu semuanya akan cerita pasal dia. Jadi, sesiapa yang terbaca ini sila sabar atau cepat-cepat tutup. Bimbang kamu meluat dengan ayat-ayat jiwang aku nanti. Hahaha.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
To be continue..
No comments:
Post a Comment