Monday, December 22, 2014

New Addiction - COC

Wah.. Lama rasanya tak update blog.. Tapi kali ni aku rasa nak cerita pasal my new addiction.. Sebenarnya tak adalah new sangat... Lately aku terjerumus dalam online game... Gila best! Game tu nama dia Clash of Clans or COC...

Part best join game ni ialah bila join clan. Yang aku nak cerita ialah pasal clan yang aku join ni... So far aku rasa happy main game ni walaupun ada masanya aku rasa nak give up sebab aku tak boleh contributed star dalam war. But so far aku masih bertahan. Please kagum dengan aku yang cepat bosan ni.

Aku start join clan ni before raya hari tu... Semangat menghadap tab hari-hari attack goblin dalam single player until aku upgrade clan castle aku tu. Then, i discovered them. Leader & co leader memang sangat sporting.

They help some helpless person like me. Hahaha... Diorang ajar macam mana nak attack. Mula-mula aku teruk gak... Attack macam apa je. Tapi slowly aku belajar dengan diorang and aku enjoy the game. Tiap-tiap kali habis war mesti aku replay game geng-geng co ni... Damn cool!! Tiap kali tu jugak la aku bercita-cita nak jadi macam diorang.

Since encik tunang (eyhhhh - okay, another post) tak minat game macam ni, so aku tak boleh la nak paksa dia main. Maka aku harap dia tak kisah aku main game ni and so far he is cool about this. I hope so... Hahaha..

Sebenarnya pada aku, game ni ajar kita macam-macam. Cara kita berinteraksi dengan orang. Since this is online game, kita akan jumpa macam-macam orang. And scope jenis kawan-kawan aku pun variety background. But, we are united because of the same cool vision.

Aku gak leh jadi 'orang lain' dalam group ni. Dan diorang pun melayan je. Walaupun aku perempuan, they still shows some respect. Part kantoi aku perempuan pun memang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Honestly, aku rasa segan dengan diorang sebab sangat power and cool tapi aku pon nak jadi cool macam diorang jugak... Tak tahu sampai bila aku boleh join diorang but slowly aku dah makin suka main game ni - so far. So, kita enjoy!!

Yayy!! Menang~

Tuesday, November 4, 2014

Workstation

Siyes aku nak duduk tempat lama Fitz. Dari awal lagi aku dah chupp nak tukar tempat dengan dia tetapi dah Fitz tukar kerja ada beberapa masalah aku nak tukar workstation sekarang.

1st Aku kena minta persetujuan orang-orang sekitar.

2nd And… the drama begin;
“Aku nak letak file.” “File aku banyak..” “Aku dah pakat ngan ‘diorang’ nak letak file.” “Nak orang baru duduk situ.”

My respond;
“Oh… Okay~”

So Sha Qi, takkan tak faham-faham lagi? Macam mana kau nak semua orang suka kau kalau kau tak boleh suka semua orang. Now, semangat nak cari tempat makan baru dah makin berkobar-kobar. Note to myself, aku tak boleh nak puaskan hati aku dengan sakitkan hati orang sebab aku pun sakit hati kalau orang buat benda sama.

My conclusion;

Bersabarlah aku dengan orang yang duduk di hadapan workstation aku ini dan aku harap dia juga bersabar duduk depan aku… Stay je lah kat workstation sekarang dan berdoa semoga cepat-cepatlah dapat rezeki di tempat lain…

Aminnn…


P/s: Macam mana aku tak suka orang, orang pun tak suka aku.. Vice versa!

Thursday, September 25, 2014

Boss, aku dan dot.dot.dot

Perghh tajuk..

Ehem. Ok, dah lama rasa tak bercerita cara santai.

Aku ada boss. Perempuan. Selalu dengar ada boss perempuan ni macam leceh, cengeng, garang, moody dan macam-macam. Honestly, boss aku okay je kot. So, lucky me?

Ada beberapa situasi antara aku dengan Puan Boss ku yang aku bet aku akan ingat walaupun aku dah tukar kerja nanti. (Eh?)

Bila aku kena 'jerit'
Perkara biasa aku kena dengan Puan boss adalah bila dia 'jerit' depan aku. Biasa aku akan tunduk dan hadam. Telan dengan perit. Dah tu memang salah aku. Memang aku mengaku. Kadang-kadang aku nyanyuk bajet hebat memang akan lupa je task yang agak penting tapi kena letak tepi sebab aku sibuk buat kerja-semasa-nak-siap-cepat.

Tapi...

Ada masanya aku kena 'jerit' yang bukan salah aku. Dengan berani aku angkat muka, "Janganlah jerit, boss." Ujarku lembut sambil pandang mata beliau. Kadang-kadang aku ugut dia aku nak nangis. Biasanya dia gelak.  Ok, ugutanku tak datang hasil. Kadang-kadang aku rasa malu kena 'jerit'. Sebab confirm semua dak opis aku dengar kat luar bilik dia. Kuat kot. Tapi hadam je lah sebab salah aku. Buat 'bow-dowh' je la.

Bila ada project baru
Boss aku ni jenis updated dengan suasana teknologi semasa. Semua dia nak buat. Dan apabila idea baru dia tu nak apply kat LRC ni relate dengan unit aku, memang aku kena mengadap dia ber-jam. Bincang tung-tang tung-tang. Biasanya, ShaQi the great akan bagi pandangan bernas (ha-ha). Part best ialah aku boleh bagi pandangan aku. Aku pun boleh tanya mana yang aku tak faham. Dia open. Dan kadang-kadang aku jadi informal dengan dia. Pernah je aku cakap, "Puan, great idea but itu gila ba... ehem." Aku lupa nak kontrol bahasa aku dengan boss. Dan dia akan sambung, "Gila khinzir pon I tak kira. I nak buat jugak." Meet my boss...

Kopi
Ni aku suka boss aku. Dia minum coffee. Heavy drinker. Selalu memang ada rezki untuk aku dapat secawan cappuccino free daripada dia. Rezki aku. In fact, boss aku ni tak kedekut. Dia memang selalu belanja kitorang makan. Setiap kali meeting pon biasanya dia 'payung' breakfast. Baik kan?

Poker-face
My boss has a poker face. Dia sorokkan headphone aku sebab tak puas hati aku tak dengar bila dia panggil aku. Seminggu dia 'culik' headphone aku. Seminggu aku pujuk dia pulangkan. Dia langsung tak mengaku. Selepas seminggu baru dia pulangkan dan mengaku. Tu pun aku 'kacau' hidup dia disetiap group and personal conversation whatsapp dan keep begging dia depan pintu bilik dia. Dia memang tak mengaku dan buat muka tak bersalah. Mungkin tu cara dia tegur aku sebab guna headphone dalam opis. Tapi aku tak boleh buat kerja tak ada headphone. Terlalu banyak anasir yang menjegkelkan sekarang yang aku kena tahan diri aku. So hanyalah headphone menjadi solution yang aku ada.

Tu cerita life aku kat opis dengan bossku. Aku boleh sembang macam-macam dengan dia, kerja dan peribadi. Tapi sebaik mana pun, boss adalah boss. Aku suka cara dia walaupun ada je yang aku tak puas hati dengan dia. Biasalah kan? Aku manusia, normal pulak tu. Still, aku harap sangat aku dapat blah dari sini dan boss baruku baik macam boss aku sekarang.

Puhhh...

Fin.


Thursday, September 18, 2014

Dah tak sama

Aidilfitri 2014 Photoshoot
Dah lama tak rasa macam ni. Rasa yang 'kau-bukan-dalam-golongan-ini'.  Rasa yang setiap hari aku bercita-cita nak tukar kerja. Mungkin sebab aku dah makin dewasa. Dah makin matang. Dah makin tua. Rasa 'sensitif' makin bertambah dan 'panas' jiwa muda dah makin sejuk dan hampir membeku. Hidup. Macam ni la kan? Tak pernah puas hati. Tak tahu rasa bersyukur.

Aku cuma nak lari dari sini. Aku dah tak rasa semangat mula-mula tukar boss dulu. Masa Puan boss masuk dulu aku rasa best. Serius. Aku rasa macam bersemangat. Hari-hari pergi kerja aku rasa ada motivasi yang tinggi. Sampai satu masa aku rasa gembira masuk opis. Rasa macam 'syurga-dunia'. Tapi sekarang aku dah tak rasa semua tu. Aku tak tahu sama ada 'syurga' ini dah tak ada ahli 'syurga'nya atau aku yang memang bukan tahap ahli 'syurga' ini.

Rasa tu ada cuma dah tak sama.

Tuesday, September 2, 2014

Sana

Menara Condong Teluk Intan, 2014


Friday, June 6, 2014

Kapal terbang yang tak terbang

Ada masa-masanya hari-hari aku tak seindah biasa. Hati rasa geram, nak marah orang, kena marah dengan bos orang, kena hadap orang yang macam-macam. Penat tahu? Kadang-kadang bila aku rasa penat sangat kat opis, masa balik aku akan jadi sangat 'hyper' atau sangat diam. Sejak pindah rumah ni (dah setahun lebih) aku berulang ke opis dengan budak rumah aku yang baru - nama dia Sal. Kitorang gilir-gilir bawak kereta. 

Ok, balik pada cerita. Time balik kerja aku mesti check kereta. Biasanya ada flyers orang letak kat kereta - selit kat wiper cermin depan tu - aku memang akan ambil dan bawak masuk kereta. Tak sampai hati nak buang kat luar kereta. Nanti kat rumah baru aku cari tong sampah atau aku kumpul banyak-banyak dan buangkan kemudian. So, kali ni ada flyer pasal perodua. Eh, dia tak tahu ke aku peminat 'Pro-ton' bukan 'Pro-dua' tu sebab Kak -ton kan comel? *tak ada kaitan*

Tapi hari tu aku betul-betul rasa down. Tapi takkan nak tunjuk muka 'cencurut' aku kat budak rumah aku tu. So aku try tahan muka macam biasa. Try focus drive dengan sopan. Gelak-gelak dan kutuk semua driver kat Malaysia yang tak sehebat aku ni. Sampai traffic light - merah, tangan aku capai flyer tadi. Tangan aku pun melipat-lipat kertas jadi kapal terbang. Percubaan pertama aku gagal. Aku lupa step yang Mr.Typo ajar tu. So aku dah start give up.

Tapi kat second traffic light, aku dah ingat balik step tu. Dan, chang-chang *effect bunyi* kapal terbang kertas aku terhasil dengan gagahnya.

Sambil belek-belek dan senyum -muka puas hati- aku tanya Sal, "Awak rasa kapal terbang saya ni leh terbang tak?"

"Entah. Try lah baling..." Tak sempat Sal habiskan ayat dia, aku bukak tingkap dan lempar kapal terbang ke luar.

Dan...

Kapal terbangku tak terbang. Ia jatuh terus ke muka aspal jalan raya.

Dan...

Kereta belakang tu brake. Terkejut mungkin.

Dan...

Aku tekan minyak laju-laju sambil tutup muka. 

"Saya bet, saya dapat makian free hari ni." Ujarku sambil pandang Sal.

Sal hanya gelak-gelak.

Aku dah jadi 'penyumbang' sampah di Malaysia.*sigh*






P/s: Tu first time aku buang sampah luar kereta. Selama ini aku mengeji perbuatan itu tiba-tiba aku pula yang buat. Aku tak bangga. Aku insaf. Tu last

Thursday, June 5, 2014

Rasa

Langkah diatur kemas,
wajah yang menunduk,
larikan mata dari semua lirikan.
Sayangnya itu bukan tanda tawaduk
kalau hatimu tidak pernah qanaah.
Sedang dalam jiwa yang berzikir
hanyalah berlagukan makian.

Nah, tanyakan aku;
"Apakah kau rasa apa yang aku rasa?"
Hatimu. Kotor. Hatiku -  juga sama.
Marah? Kenapa marah?

Kerana ayatku benar, bukan?

NnAM.

Tuesday, March 25, 2014

Gurauan dan batasan

Cerita ini berlaku pagi tadi. Macam biasa aku masuk opis terus terpandang whiteboard yang memang gah berdiri sebelah meja aku yang memang akan nampak jelas ketika kaki melangkah gemalai ke meja kerjaku. 

Ini yang terpampang jelas:


Kesimpulan:

Aku gelak pada mulanya. Perkataan pertama yang keluar adalah sumpahan dan makian manja, “Mengong.”

Dan masa tu aku dah terbayang seseorang yang biasa men’dajal’ kat whiteboard tu. Dengan senang hati aku buat pertuduhan palsu. Ketika kaki aku kemas bersila atas kerusi nak menikmati sarapan mulutku ringan bertanya, “Siapa yang tulis tu?”

Dan jawapan yang aku terima agak menyakitkan hati. Tekaan aku meleset. Jauh. Tak tersangka. Perlahan aku kunyah bihun goreng sambil hati terdetik, “Oh…”

Dan imaginasi semakin meliar. Now, aku pandang dari sudut lain. Apa pandangan pertama orang yang pandang whiteboard tu?

“Jahat betul.”

“Sapa la buat ni.”

“Hahaha... Lawak lah.”

“Kesian Shaqi..”ß ini macam mustahil.

Pada pandangan 'nakal' aku pula;

“Nampak desperate pompuan ni.”

“Dah la muka macam tu. Gatal.”

“Patutlaa... tak kawen lagi.”

“Tak laku ni…”

Nampak tak telahan ‘nakal’ otak aku ni? Sebab aku berstatus single dengan sesedap hati, sesenang tangan, seenak rasa ‘orang’ itu buat lawak di whiteboard itu. Dan anehnya, aku TAK pernah nak mengutuk atau bergurau sebegitu dengan dia. Dan setiap acara ‘bahan-membahan’ di weChat group aku memang elakkan. Pada aku, aku tak suka orang kutuk aku dan kenapa aku nak kutuk orang. Kalau ‘kamu-kamu’ terbaca ini mungkin boleh check kembali segala gurauan di weChat, banyak mana kata-kata kutukan atau ‘bahan-membahan’ atau ‘gurau-bergurau’ aku. Ada? Minta kemukakan bukti. Terima kasih.

Perkara senang. Aku memang boleh dibawa bergurau. Serius bergurau. Aku pun kadang-kadang kaki ‘membahan’. Terima seadanya apabila kena ‘bahan’ tapi apabila ‘orang’ yang pantang dirinya di ‘cuit’ ‘mencuit’ pula aku yang tak pernah ‘cuit’ dia aku mula merasakan ketidak-adilan disitu. Tambahan pula aku hanya membaca tanpa membalas atau menyertai setiap perbualan di weChat group yang mana setiap gurauan daripada ‘mereka’ dibalas ‘dia’ dengan ayat pedih dan penuh ke’sentap’an yang luar biasa yang menampakkan betapa ‘dia’ tak boleh di bawa bergurau.

Ini pendapat aku;

Aku tidak ganggu hidup kamu. Malah aku tidak pernah mempedulikan kamu sebenarnya. Kamu tidak meminta maaf dan mustahil aku memaafkan kamu. Maaf perlu dipinta bukan diberi percuma. Doa orang teraniaya biasanya di dengar Allah taala. Dan aku kira aku tergolong dalam golongan orang teraniaya. Dan juga jangan tanya apa doaku kerana sekarang aku benar-benar rasa teraniaya.

Tepuk dada tanya hati. Mungkin hati kamu terlalu suci hingga segalanya boleh di bawa bergurau tanpa batasan?


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, February 21, 2014

Rasa ini

Hari ini hari Jumaat. Hari ini aku ada meeting dengan encik Programmer lagi. Still tak habis-habis lagi cerita system yang kami request tu. Jumpa untuk terangkan perkara sama berulang-ulang. Lepas tu boleh pula dia ‘sekolah’kan aku.

Macam biasa, apa yang aku boleh tepis, aku tepis. Part tak boleh lupa dia cakap aku sia-siakan pengetahuan aku.  Aku rasa nak ketawa pun ada. Siap suruh aku main coding PHP and mySQL lagi. Alahaii encik.. Encik pun pakai open source, template semua, macam saya tak tahu but as usual I show him my best fake smile ever. So, angguk-angguk konon faham. Dalam hati aku istighfar banyak-banyak.

Bila aku cakap aku nak cari kerja lain untuk guna knowledge aku tu, dia boleh pula cakap,

“Tak perlu tukar kerja, you can stay here and try doing your own system. Then we can collaborate and I will not claim your work as mine.”

Muka aku masa tu dah macam, “What?” Then I said to him, “Actually encik, I know how to do this and I understand the flow but since I can request you to do it for me why should I do that? We have OUR brilliant programmer so why bother to do your work. I am here as the end user.”

“Oh, tu maksudnya you wasted your knowledge you see. You ada bakat nak buat ni.” Masih ulang benda yang sama.

“I’m not wasting it. Saya tahu semua tu. Saya nak jadi boss. Saya tahu nak buat macam mana, saya boleh detect mana ada error, saya tahu nak contact siapa kalau ada masalah. So, here I am. I manage the system but I didn’t build it. Itu kerja programmer.” Aku jawab sambil senyum.

Dan dia balas kata aku takut nak hadapi kesusahan. Dia cakap aku kena berani untuk hadapi failure dan kena usaha untuk ubah value aku sekarang. Adoii aii.. So what aku jadi librarian? Rugi sangat ke aku jadi librarian? Aku jadi librarian pun tengok lah unit aku apa pula kan? Ending nya aku hanya senyum dan sambil aku angguk, “Thanks encik. I really appreciate it. Tapi saya tak hebat nak jadi programmer dan saya suka kerja saya sekarang.”

Cerita ini belum habis lagi. Bila aku nak melangkah keluar daripada office orang-orang hebat itu, salah seorang cik programmer yang buat system library (another system) tahan aku. Sambil sembang-sembang, dia temankan aku ke lif. Tetiba dia bukak cerita. Sebelum ini aku memang ada buatkan satu simple system untuk kegunaan seorang staff purchasing.

Sebenarnya bukan hebat pon system cikai aku tu, hanyalah tempat simpan data untuk dia retrieve kemudiannya. Memang lah data itu private but data tu memang aku tak reveal pada orang pun. In fact aku just merge data-data tu dalam database. As simple as that. Sekarang ni, ITIC kena buat satu system yang lagi hebat untuk data storage mereka.

Dan ada seorang programmer ni, yang aku tak tahu namanya, yang kena buat system untuk Purchasing Department tiba-tiba sentap sebab ada campur tangan Library buat system untuk Purchasing. Adoii aiii. Lepas tu dia sibuk nak argue dengan private & confidential issue pula. Okay. Ini gua pening. Dan daripada apa yang aku dengar daripada kawan programmer aku tu, dia ada buat statement, “Library buat lah kalau macam ni.” Nampak tak kat situ? Tercabar ke apa? Dia kan orang hebat, nak banding dengan system cikai aku tu apa lah sangat?

Terus mood aku down gila-gila. Sepanjang perjalanan balik ke opis aku cuba pujuk hati. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Nak marah, tapi kenapa? Nak sedih, sedih ke masalahnya? Geram? Sakit hati? Aku tak tahu nak kategorikan rasaku itu. Sampai dalam office terus aku bersandar tepi meja Mi-chan. Duduk dan mata berair. Terus aku mengadu kat Mi-chan. Dalam hati masa tu harap sangat nak mengadu kat Mr.Typo. Siyes rasa macam poyo lak. Tapi at least kalau dapat tengok muka dia kejap, leh la lega hati ini. *ini gedik*

Lepas sesi meluahkan rasa kat Mi-chan, aku keluar lunch dengan dak-dak opis. Dah reda sikit rasa pelik itu aku text kat Mr.Typo wish solat Jumaat. Guess what? Dia ada kat Shah Alam dan dia tanya nak makan Burger King ke tak. Kalau ikut hati aku memang tak nak susahkan dia tapi aku rasa aku kena tengok juga dia hari ini. So, dengan tak malunya aku cakap ok. Dia hantar satu set burger kat depan guard tadi. So sweet... Dapatlah jumpa dia kejap, walau tak sampai 5 minit aku rasa mood aku dah okay bila nampak muka dia. Handsome as usual.  Emmm… 

Air je yang tinggal. Yang lain dah selamat dalam perut.


P/s: Nampak tak kimia kita kat situ, awak? Thanks luv.


Rasa ini. Fin

Thursday, February 20, 2014

Somban most wanted, yaw!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Warning. Ini entry yang agak panjang dan agak gedik.

CNY dah lama berakhir tapi aku still semangat nak update 'kenangan' masa bercuti itu. Sebenarnya masa cuti CNY aku yang lama sangat tu, kami - satu family menghadiri kenduri di Seremban. Bapa saudara babah aku punya anak perempuan kahwin. Sepupu babah aku kahwin. Sepupu babah aku tu sama umur dengan aku. Hahaha.. Ok.. Cerita dia, dah berada di Seremban tu, apalagi.. Gunalah semua kesempatan yang ada. Inilah masanya nak 'kenal'kan Mr.Typo kepada family tercinta. So, dari Bahau, my Mr.Typo datanglah ke Seremban.

Dia bawak maknya. Mula-mula, aku cuma cadangkan dia jumpa parents aku dulu, lepas tu baru aku jumpa parents dia tapi entah macam mana selepas berbincang, ber-nervous tak tentu pasal, parents kami pun sama-sama bersetuju nak jumpa. So pendek cerita, jumpalah.. Lega.. Walaupun itu hanya perjumpaan tak rasmi, tak ada apa-apa cuma perjumpaan biasa, aku tetap happy. Ye lah, parents aku kenal dia dan mak dia. Dia dan mak dia kenal family aku. Si budak busuk dan isterinya pun ada sama. Jumpalah akhirnya adik aku tu dengan Mr.Typo yang dia nak sangat jumpa tu... Hahaha...

Conclusion dia, positif. Alhamdulillah... Family aku boleh terima dia dan dia cakap mak dia pun sama, boleh terima aku...

Okay, dua minggu kemudian,

Sekali lagi aku ke Seremban. Kali ini aku menggedik mengikut Mr.Typo pergi ambil phone dia di Samsung Center Seremban. Boleh jalan-jalan. This time 'date' kami agak panjang sikit. Pagi aku drive ke Cheras - tanpa sesat - sila kagum, sampai dalam 10++ am kami gerak ke Seremban. Macam biasalah, kalau dah lama dalam kereta, haruslah selfie. Gedik kan?

Peace yaw! - front camera Samsung
Dah sampai di Seremban, ambil phone dia kat Samsung Center tu dan kami terus ke Ulu Bendul. Tengok je air terjun tu dan sempatlah snap sekeping dua gambar. 

Nampak tak tablet yang hebat sangat tu - main camera Lenovo

Senyum - front camera Lenovo

Lepas tu kami ke mall apa entah namanya kat Seremban 2. Sesudah solat zuhur, Mr.Typo cakap dia nampak ada saloon tepi surau tu. Sebab dia asyik tak puas hati dengan pesen rambut panjang dia tu, padahal aku tengok okay je rambut belah tengah dia tu, aku tanya dia nak potong ke tak. Sudahnya kami melangkah dengan gembira ke saloon tu. Sambil tunggu dia potong rambut, sempat lagi selfie dan ambil gambar dia banyak-banyak. Tapi... Gambar tu banyak dalam phone dia sebab masa tu aku yang pegang phone dia tu.

Nak rambut macam Farid Kamil katanye - front camera Acer saya

The best part about him adalah dia tak kisah pun aku nak main handset dia. Slumber je dia bagi aku reply text kawan dia sebab dia drive. Rasa nak men-dajal je dengan phone dia tu, tapi aku rasa macam melampau pula. Lepas potong rambut kami makan kat Pizza. Sesudah makan kami pusing-pusing mall cari seluar jeans dia. Dah gaduh-gaduh manja gituw *ini gedik*, akhirnya dia beli juga sehelai jeans warna biru muda. Kemudian kami pulang sesudah solat asar setelah berjanji akan berjumpa next 2 weeks. (T.T)



Style rambut baru - Lenovo
Fin.

P/s: Dua minggu, huh.. *sigh*

Tuesday, February 4, 2014

Muka surat 143 ada nota 'cinta'

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...

Segala puji hanya bagi Allah...

Aku baru je baca entry blog dia yang ada password tu. Dan macam biasa air mata terlalu cepat mengalir. Terharu. Rasa disayangi. Sebagaimana cepat dia menyukai kepada orang yang menghargai dia, aku juga sama. Bagaimana kita tak suka kepada orang yang meghargai kita?

Awak,
Saya sangat berterima kasih sebab awak sudi terima saya seadanya. Tiada yang istimewa yang ada pada saya, saya hanyalah seorang perempuan biasa yang cepat terharu dengan perkara yang remeh. Saya jenis senang jatuh sayang dengan orang yang baik dengan saya. Dan saya juga mengambil masa yang panjang untuk pujuk hati sendiri agar berputus asa dengan sebarang kesedihan dan penolakan. Sampai satu masa, saya jadi pasrah. Saya redha dengan ketentuan Yang Maha Mengetahui.

Dalam hidup saya ini, saya terlalu banyak mengharap dan kecewa menjadikan saya belajar untuk terima apa sahaja seadanya. Saya tak perlukan orang sempurna di mata orang lain, yang saya mahukan cukuplah dia sempurna di mata dan hati saya. Mungkin perkenalan kita terlalu singkat untuk 'rasa' ini, tetapi mungkin adanya 'sesuatu' antara kita yang menjadikan saya terlalu cepat menyayangi awak.

Sekiranya memang ada jodoh kita, saya percaya inilah ketentuan-Nya. Sekiranya tiada jodoh kita, saya harap kita sama-sama redha dengan kehendak-Nya. Saya akan pergi jauh dari hidup awak dan tak akan pernah saya salahkan awak. Sebaliknya saya berterima kasih kerana awak ada dalam sejarah hidup saya. Saya juga bersyukur kerana Dia beri saya kesempatan untuk mengenali awak dan menyayangi awak.

Tetapi.. Sekarang saya sangat berharap, awak adalah Imam yang memang dah tertulis untuk saya jadi makmumnya...

P/s: Awak kena praktis sebut nama saya betul-betul.. Tak de la tersasul kalau kita ada jodoh nanti..hahaha.. Sorry, Mr.Typo.. Saya still tak nak reveal nama awak kat sini..

Saya sangat suka gambar awak ni

Monday, January 27, 2014

Cuti Tahun Baru Cina

Hello journalist,

CNY dah makin hampir. Macam biasa, tiap-tiap tahun aku akan cuba balik rumah sempena raya cina. Nak makan besar katanya. Hahaha... So, tahun ini aku balik awal sedikit. Since Puan Boss dah approve cuti, aku dengan jayanya bercuti panjang kali ini. Malam ini aku bakal naik bas. Walaupun aku punya keberanian nak drive sengsorang ke Terengganu tapi pesanan ayahanda tercinta yang melarang keras drive sengsorang menjadikan aku pasrah masa beli tiket bas tu.

Before aku bercuti ni, IT department hantar email ni:


Memandangkan PC opis ni macam harta sendiri, ada beberapa perisian haram illegal yang aku install, tak termasuk lagi lagu-lagu jiwang dan gambar-gambar yang macam-macam dalam PC ni. So, aku back up la semuanya hari ini. Aku harap sangat husband Mi-chan yang akan inspect PC aku tahun ni so ada harapan PC aku selamat. Fuhh..

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau PC aku ni kena format ke apa, masalahnya RAM - 2G yang aku culik rembat daripada PC student hari tu mesti diorang dapat detect punya.

Ya Allah, lembutkanlah hati IT technician yang 'bersihkan' PC aku ini... Aminn..

Dan sebelum aku bercuti panjang ini, aku tinggalkan PC ku ber-wallpaper kan ini :

Get the joke?

Aku harap mereka faham joke aku itu. Harap-harap mereka tak tension dengan PC aku yang sopan itu.

Terima kasih kerana sudi baca. Ok. Baiii...

P/s: Macam pelik pulak tak cerita pasal Mr.Typo.

Awak, jangan rindu saya ye..
 *nak jugak kan?* Hahaha..

Sunday, January 26, 2014

Kapal terbang kertas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..

Tak tahu nak mula dari mana atau macam mana. Syukur. Itu sahaja gambaran tepat yang dapat aku rasakan sekarang. Bersyukur kerana dia hadir dalam hidup aku. Bersyukur kerana dia yang memahami dan cuba untuk menerima aku seadanya dengan izin-Nya.


Awak,
Terima kasih untuk 'nota' dalam kapal terbang kertas itu dan jam yang cantik itu. Saya sangat-sangat menghargainya. Terima kasih kerana memberi saya peluang menjadi tuan yang layak untuk jam itu...

Saya bersyukur kerana saya dapat jumpa awak kat dunia ini walaupun saya dah hampir putus asa dengan jodoh saya. Semoga awak lah orang yang saya nanti dan saya mahu awaklah orangnya. Selamat malam awak. Moga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Alhamdulillah untuk rasa ini...

P/s: Kapal terbang kertas tu lagi sweet daripada kad-kad yang memang tersedia di print sebenarnya... *blushing*

Wednesday, January 22, 2014

Your secret safe with me

I keep reading our conversation and keep smiling like an idiot.
Cute. Isn't it?


Awak,
Walaupun awak selalu typo, saya tetap akan cuba faham. Hahaha... Padahal saya pun sama selalu typo. Cuma mungkin tak seteruk awak. Hahaha...

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Tuesday, January 21, 2014

Tidak mungkin rindu

Walau jarak menerbit sendu,
mungkin kadang waktu cemburu,
tapi bagaimana mahu aku merindu,
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru.


Pesanku agar kamu baik-baik sahaja. Jaga diri.

Saturday, January 18, 2014

Manis sangat ni!

Ermmm...Warning!! Title memang gedik sama macam entry ini.

Since Mr.Typo dah jumpa blog ini, saya dah segan nak up entry gedik. Tapi ni kan blog saya, so kalau awak baca pun, buat-buat tak tahu ye.

Tak kira, nak update jugak!!

Malam tadi, Mr. Typo sangat sweet ye. Aku dengan slumber macam biasa tak nak makan sebab dah makan roti dan nutella yang sedap tu sebagai set breakfast + lunch + dinner. Lepas beberapa text yang memaksa aku makan, dia send ni;

"Awk mls kua mkn kn"
"Kalo sy pegi kat awk"
"Mls x"

Wah.. *heart melted* So damn sweet!! Mula-mula aku rasa tak nak susahkan dia. Tetapi memandangkan memang tak ada peluang langsung nak jumpa minggu ni, dengan kononnya malu-tapi-mahu I replied

"Nak.."

Maka malam tadi kami pun makan lah 'cucuk-cucuk' kat uptown. Tengah-tengah makan, phone dia berbunyi dan dia jawab lah panggilan tu. Pasal kerja. So, aku pun diamlah sambil pandang dia lama-lama. *Okay, ini gedik* Pastu sempat lah snap 2-3 pictures dia. Hahaha...

Since you are not mine please bear with this censorship

Lepas tu phone dia still bunyi lagi. So busy!! Hahaha... Sebagai seseorang yang memahami-la-sangat ni aku tak kisah pun. But this time, aku buat muka kat dia. Bila dia pandang ke lain, cepat-cepat aku buat muka. Mata ala-ala jepun, mata ala-ala cina. Pipi kembung. Masa aku semangat kembung-kembungkan pipi, dia terpandang aku. Ah.. Kantoi! Hahaha... And guess what? Dia buat jugak kembung-kembung pipi tu sambil cakap phone tapi matanya pandang aku. Damn cute!! *heart melted again*

Okay, aku rasa kalah sebab dia sangat comel. Aku dah insaf. Tak nak dah kembung-kembung pipi depan dia lagi.

Mr.Typo,
I love the way you look at me. Your smile. The way you makes me feel *loved*. If you keep doing this and that, I might fall for you over and over again. So please, don't be too sweet because it is not good for my heart. 

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Sunday, January 12, 2014

Impian

"Apakah impian terbesar awak tahun ni?" Lebih kurang macam tu la soalan dia malam ni...

Awak,
Sebelum ini saya tak ada impian yang besar-besar. Apa yang saya harapkan ialah kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Saya nak gembirakan hati mama dan abah saya. Saya nak jadi lebih sabar, lebih redha dengan semua yang berlaku yang Allah s.w.t dah tetapkan untuk saya. Tiada yang spesifik yang saya mahukan cuma semuanya ke arah lebih positif.

Tapi...
Sejak saya kenal awak, impian saya dah berubah. Saya dah berani nak mimpikan kehidupan kita bersama. Hati awak milik saya. Impian awak jadi impian saya. Dan saya sedar, saya tak sepatutnya seberani itu sebab saya tak jelas dengan perasaan awak. Saya jadi takut nak pasang impian lebih-lebih.

Jadi...
Saya tak tahu apa impian terbesar saya sekarang. Kalau ada pun saya mahu semua yang positif wujud antara kita. Saya sedar diri, saya mengada-ngada, gedik, manja sangat dan tak comel macam kak ton tapi saya nak sangat awak terima saya seadanya dan jangan bimbang saya pasti akan terima awak seadanya. Kalau saya cakap saya nak jadi teman hidup awak sampai syurga tu sebagai impian terbesar saya tahun ini, awak nak tunaikan tak?

Hahaha... Mesti awak takut dengan impian saya ni kan? Jadinya, impian saya yang terbesar untuk jawapan soalan awak tu ialah, saya nak kehidupan saya lebih baik dan awak adalah orang yang saya mahu ada dalam kehidupan saya bukan setakat tahun ini sahaja tapi kalau boleh sampai bila-bila, sampai ke syurga... InshaAllah...

Selamat malam, Mr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.

Thursday, January 9, 2014

Bagaimana jika...

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani...

Malam ini ada sesuatu yang dia kongsikan dengan aku tapi memang aku tak mahu kongsi di sini. Eksklusif katanya. Tapi yang aku tahu dia sangat istimewa dalam hati aku. Berani dia buat air mata aku ni jatuh untuk dia malam ni.

Mr. Typo, saya nak sangat awak rasa apa yang saya rasa. Saya nak sangat jadi sebahagian daripada hidup awak. Walaupun saya tak faham rasa ini. Dan saya tak pernah rasa terdesak mahukan hati orang jadi milik saya macam ni.

Sekarang awak dah buat saya takut. Macam mana kalau memang tak ada jodoh kita? Macam mana kalau hati awak bukan untuk saya? Macam mana kalau saya bukan rusuk kiri awak?

Awak, mungkin kita kena percaya yang kita ada hubungan kimia walaupun kimia saya masa SPM cuma C. Hahaha...

Selamat malam Mr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga. 


Friday, January 3, 2014

Feeling loved.


This picture was edited by *him*

Thursday, January 2, 2014

Jika dia. Biarlah dia.

Jika memang dia. Biarlah dia. Dalam sujud ku berdoa moga dia yang pertama dan terakhir sebagai teman sehingga syurga. Maaf aku mengharap tetapi rasa yang ada ini terlalu sukar dinafikan haknya.

Hanya dia. Biarlah dia. Jika sudah tertulis dia orangnya, aku redha. Jika bukan dia orangnya, aku pasrah.

Selamat malam Mr.Typo.


My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.



Since you are not mine please bear with this censorship





Perghh... Payah gak menaip guna tablet ni!

Thirteen signs you falling in love

13. You have to try hard to be mad at them him.
*No matter what happens I simply can't get angry with him*

12. You read their texts over and over again.
*I'm keep doing this. Almost every day.*

11. You walk really really slow when you are with them him.
*We walk together.*

10. You feel shy whenever your with them him.
*I am a shy person, remember?*

9. While thinking about them him your heart will beat faster and faster.
*even now...*

8. While listening to their his voice you smile for no reason.
*keep smiling*

7. When looking at them him you can only see that person.
*blushing*

6. You start listening to slow songs.
*Love song*

5. They He becomes all you think about.
*Yes, he is.*

4. You get high by from their his smell.
*He didn't smell?? ehemm..*

3. You realize that your always smiling to yourself when you think of them him.
*smile*

2. You’ll do anything for him/her.
*I do*

1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.
*Mr.Typo*

Taken from here.

Wednesday, January 1, 2014

2014. Saya ada tablet baru dan * dia *.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah 2014 hari ini. Hari ini saya berjalan-jalan melawat kawasan. Just kidding *buat muka gedik*. Hari ini kami ada misi mencari gadjet. Dia cari handset untuk mak dia, aku cari tablet untuk diri sendiri. Tepat jam 10.59 am dia dah ada depan pintu pagar rumah. Janjinya jam 11 am. Tercepat seminit. Hahaha.

Aku memang dah lama nak cari tablet untuk kegunaan santai. Penat dia list kan jenama tablet murah. Penat juga aku buat muka kesian minta dia setuju aku nak tablet Lenovo. Tapi beliau macam tak berkenan sangat dengan tablet Lenovo tu. Semangat pula dia tunjuk tablet Acer yang murah tu. Hahaha.

Dah penat berjalan me-round area Subang, akhirnya kami ke kedai pilihan dia. Sebenarnya dia memang dah confirm nak beli handset apa untuk mak dia cuma aku je yang bersungguh nak 'pegang and feel' sebelum beli. Jadinya dia melayankan aje kehendak aku tu.

So now, aku dah ada tablet sendiri. Walaupun tak canggih-manggih tapi sangat sesuai untuk aku berbaring baca novel dan manga online nanti. Inilah rupa tablet itu :

Acer Iconia B1-710

Aku hulurkan duit kat mamat jurujual tu RM400, dia balance-kan aku RM1 dan aku dapat percuma USB Car Charger Adapter warna pink dan Micro Sim Adapter :

Car Charger Adapter
Micro Sim Adapter


Pink? Okay, memang aku tinggalkan je dalam kereta dia. Hahaha.


"Sorry awak, saya allergic dengan warna pink."- Sambil buat muka kesian. Walaupun dia buat muka tak rela, dia ambil juga letak kat tepi lepas acah-acah nak buang ke luar kereta. Tak tahulah apa nasib adapter tu nanti. HahahaThanks Mr.Typo. Walaupun saya tahu awak penat, tapi saya tahu awak happy melayan kehendak saya. Kan? Hahaha*selfish mood detected*

Okay. Nanti aku update entry pakai tablet baru dan berlagak kat sini. Hahaha.